Connect with us

Viral

“Dia yg pilih mcmtu..”- Nmpk Pakwe Dgn Wanita Lain, Hncur Hrapan Nk Kahwin.

Published

on

Bercinta bagai nak rak, tapi masih berlaku curang di belakang. Bukan soal jantina sama ada salah lelaki atau wanita, tetapi perkara tersebut bergantung kepada tahap kesetiaan seseorang individu itu sendiri.

Bagi seorang gadis yang dikenali sebagai Anna Syahira, hasratnya bagi mendirikan rumah tangga bersama kekasih musnah apabila lelaki itu ‘kantoi’ bermain kayu tiga biarpan sudah tiga tahun mereka bercinta.

“Sakit hanya Allah yang tahu”

Video dibawah:

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, gadis berusia 20 tahun itu berkongsi kompilasi foto dan rakaman memaparkan kenangan bersama bekas kekasih ketika menjalin hubungan istimewa.

Gadis berasal dari Kelantan itu berkata, dia dan bekas kekasihnya telah merancang untuk berkahwin pada tahun depan tetapi kini perlu menerima takdir yang telah ditetapkan.

“Tiga tahun bercinta.. plan tahun depan nak kahwin. Akhirnya dapat tahu, dia keluar dengan perempuan lain. Sakit hanya Allah yang tahu,” tulis Anna.

Video berdurasi 20 saat itu turut memperlihatkan lelaki terbabit sedang ‘dating’ berpegangan tangan yang didakwa bersama wanita lain di sebuah pantai.

Meskipun hati bagai disiat-siat, namun Anna terus bersikap positif dan percaya dengan aturan serta perancangan Allah dalam menentukan siapa jodohnya berdasarkan komen balas kepada warganet.

Video dibawah:

Malah, rata-rata warganet mengakui geram dengan tindakan lelaki berkenaan yang tergamak curang sekali gus menyifatkan ia adalah ‘petunjuk’ sebelum pasangan itu sempat bergelar suami isteri.

Pasangan lawa pun masih nak curang

Allah dah tunjukkan awal2…

Posting video tersebut meraih 1.2 juta tontonan dan 114,500 tanda suka setakat ini selain hampir 6,570 komen orang ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhdap masalah perhubungan berkenaan.

Sumber: TikTok @annasyahira

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara