“Dia Yg Mengeluh, Aku Yg Penat Tengok…” -Shashic Minta Joey Daud Ajar Sebut ‘Mana-Mana Rancak, Berdosa’, Sekali Ini Reaksi Joey

Muhammad Noor Shashic Iewan Bin Norihan atau lebih dikenali sebagai Shashic merupakan seorang pelawak dan pelakon. Beliau dilahirkan pada 23 Mac tahun 1991, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Shashic mengalami masalah gagap sejak usia empat tahun yang diwarisi daripada keturunan keluarganya, menyedari kekurangan itu ketika menuntut di tahun satu. Kondisi gagapnya bertambah baik selepas penyertaan dalam ‘stand up comedy’ yang mana beliau terpaksa menghafal skrip lawak agar percakapannya kedengaran lancar. Shashic juga merupakan ahli kumpulan Bahye dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.

Joey Daud, nama yang tidak asing lagi di dalam industri hiburan. Beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak Malaysia. Joey Daud pernah menjadi vokalis kumpulan Exists selepas vokalis Exists itu, Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut. Namun Joey sering disalahkenal sebagai bekas vokalis Budak Kacamata iaitu Zack kerana kemiripan wajah mereka. Lakonan beliau yang terkenal memegang watak sebagai ‘Daud M’ di dalam filem komedi ’18 Puasa Di Kampong Pisang’. Oleh itu, watak beliau sering di sebut-sebut oleh orang ramai hingga kini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Shashic membuat satu klip durasi pendek dan meminta Joey Daud untuk mengajar cara menyebut tagline terkenal oleh beliau sendiri iaitu ‘Mana-Mana Rancak Berdosa’. Soalan dari Shahic untuk beri kepada Joey turut mengambil masa kerana beliau mengalami masalah gagap. Reaksi Joey mengajar Shashic cara menyebut tagline itu telah membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagatnya yang secara spontan dan selamba. Video klip ini juga telah di tular dan mendapat perhatian ramai.

Lihat klip durasi pendek reaksi Joey Daud:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Lebah Menggoda:saya ada kawan macam ni bang,letih taw nak tunggu dia habiskan ayat lagi2 kalau dia tengah marah , saya nak serious tapi tak boleh bang

@markloading88:letih mark nak tunggu jawapan dia..

@kita geng..:sekali jln..tu 16 bariss…dua hari kemudian..adoi..senak perut aku gelak pagi2 buta ni …

@Hanis Azmi:dia mengeluh mula2 pun aku dah rasa penat

@Mr.Olan:sy ada kenal orang mcm ni .. buat² bckap mcm ni .. smpai skrg belum habis ayat dia nak cerita tu

@iera :hahahahahahahahha sepanjang main tiktok, ini baru firstime gelak besar gini

@Pipi Pink:wkwkwkwkw… adoiii abg topi blm buka mulut pun aku dah gelak dia mmng sempoi nak mmpos lawak dia

@Muhammad Faiz Asyraf:Itu 16 Baris, Sekali Jalan Je

@eyfadila:haahhaha heme heme heme adoiii sakit perut mattt

@Qaseh :sy ada sppu gagap. nk tggu dia abes ckp, boleh masak gulai kawah siap

Netizen turut memberi komen mengatakan terhibur melihat telatah mereka berdua yang secara spontan dan selamba. Ada juga yang berkongsi cerita tentang kenalan rapat yang mempunyai masalah gagap. Namun reaksi Joey Daud yang penuh rasa bersabar melayan telatah Shashic menyebut tagline itu juga dipuji ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1.3M penonton, 142.5K sukaan dan 1433 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*