“Dia Meninggal Sbb Kna Sodok B4bi Hutan…” -Ramai Terhibur Dgn Lakonan Khir Rahman, Dlm Telefilem Aku Posmen

Aku Posmen adalah sebuah telefilem yang dipaparkan pada tahun 2018, arahan Melissa Saila. Dibintangi oleh Lisa Surihani, Khir Rahman, Dboy Hamdan dan ramai lagi.Telefilem ini mengisahkan, Usop bercita-cita menjadi askar kerana malu dengan keterunannya yang bekerja sebagai posmen, namun akhirnya menjadi posmen selepas pinangannya ditolak oleh bapa Fauziah yang menghina kerjaya bapanya.

Khir Rahman dilahirkan pada 12 Mac tahun 1973, berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan seorang pengarah, penyanyi dan penulis skrip Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, Allahyarham A. Rahman Hassan dan Allahyarham Azizah Mohamed. Khir Rahman menyerlah melalui filem pertama arahannya iaitu Dalam Botol dan watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Memulakan langkah dalam bidang seni melalui teater di Akedemi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Antara teman-teman seangkatan beliau ialah Zul Huzaimy, Adlin Aman Ramlie dan anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila. Beliau kembali semula kepentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi bergandingan dengan Fauzi Nawawi dan Jue Aziz.

Dalam video klip ini menunjukkan lakonan dari Khir Rahman dalam telefilem Aku Posmen. Babak lakonan beliau juga raih perhatian ramai dengan telatahnya membuatkan orang ramai terhibur, lawaknya yang selamba dan secara spontan.

Lihat klip durasi pendek telefilem Aku Posmen:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@CyberCop:Cerita2 arahan melissa saila dia ada ala2 mamat khalid..jenis drama kampung n lawak bersahaja..

@deena_jameela:aku banyak kali nengok cite nie..serius lawak nak mampus

@sueleley_:”kesian nye Hamidah kekasih aku”

@KaKi_TeKaN:sedap citer ni , khir rahman mmg pndai berlakon

@TEH AᎥS:yg pakcik tu pon emosi sgt dgn yg nyanyok tu

@ Ceo Of Mengumpat :aku suka tengok cite ni ..dtg rumah org bgi slm pstu mrah kt tuan punya rumh ckp tkbgi slm

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur dengan lakonan Khir Rahman dan mendapat pujian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 456.8K penonton, 30.3K sukaan dan 508 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*