“Dia Mcm Taktau Main Aaa…” -Ramai Terhibur, Lee Chong Wei Bergurau Dlm ‘Live’ Bersama Rakannya

Datuk (Dr.) Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober tahun 1982, berasal dari Bagan Serai, Perak. Beliau seorang pemain badminton profesional Malaysia. Lee Chong Wei merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarang daripada menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggang bola keranjang. Sejak itu, beliau mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin kepada bapanya agar menjadikan Lee anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah dan bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

Dalam video klip ini menunjukkan, Datuk Lee Chong Wei bergurau bersama rakannya saat membuat secara langsung di akaun Intagram nya. Gurauan beliau juga membuatkan orang ramai terhibur dengan respon rakannya yang selamba dan spontan menjawab.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Amirul Shamir:Level lain bergurau dorg nie

@semoga itu ini:nasib lagend yg kutuk hahahaha kemain

@idgaf;:smua terkejut sbb momota pnye performance drop

@exyandz:wehh tak jadi nk kesian kat momota

@Suspended:fuhhh…. legend yg dok menganjing… terbaik

@Fasy7781:reket xda string.. biasa kena ayat ni masa main

@FarHaNz:kutuk kawan dalam live dato mmg lawak lahh

Netizen turut memberi komen mengatakan, terhibur dengan gelagat Datuk Lee Chong Wei dengan respon rakannya yang spontan. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 261.8K penonton, 25.5K sukaan dan 228 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*