Connect with us

Viral

[FOTO] Jatuh Cinta Pakai Tudung, Gadis Ayu Ini Dedah Tak Sabar Nak Masuk Islam

Walaupun tudung sangat sinonim dengan masyarakat beragama Islam di negara ini, namun gaya pemakaiannya kini kian mendapat tempat dalam kalangan penganut agama lain juga. Trend begini nyata cukup menarik untuk dilihat kerana menggambarkan bahawa rakyat Malaysia saling menghormati budaya dan gaya hidup agama masing-masing sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan. Saya bukan Islam…tapi jatuh cinta pakai […]

Published

on

Walaupun tudung sangat sinonim dengan masyarakat beragama Islam di negara ini, namun gaya pemakaiannya kini kian mendapat tempat dalam kalangan penganut agama lain juga. Trend begini nyata cukup menarik untuk dilihat kerana menggambarkan bahawa rakyat Malaysia saling menghormati budaya dan gaya hidup agama masing-masing sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan.

Saya bukan Islam…tapi jatuh cinta pakai tudung

Baru-baru ini, seorang gadis berbangsa Cina membuktikan bahawa tidak salah jika dia ingin bergaya dengan hijab seperti rakan-rakan yang lain. Jelas Sabiyna menerusi satu entri di laman Twitter, dia sebenarnya telah jatuh hati terhadap rutin pemakaian tudung. Malah turut disertakan beberapa keping gambar dirinya manis mengenakan hijab dan berpakaian sopan.

Sejujurnya memang tak sabar nak masuk Islam…

Menjawab pertanyaan ramai, Sabiyna turut berterus terang bahawa dia sebenarnya amat teruja untuk memeluk agama Islam. Namun begitu hasratnya ditangguhkan dahulu kerana belum mencecah usia 21 tahun lagi. Malah menerusi tweet yang pernah dikongsi sebelum ini, gadis itu turut didapati membaca kitab suci Al-Quran di rumah sekitar musim pelaksanaan PKP.

Bila pakai tudung lain macam aura dia…sangat cantik & semoga sampai hidayah

Posting yang cukup bermakna itu nampaknya disambut baik oleh rata-rata netizen yang menyokong tindakannya. Selain memuji kecantikan paras rupanya ketika bertudung, mereka turut mendoakan agar Sabiyna sempat merasai hidayah bergelar saudara baru dalam Islam.

Sumber: kisahdunia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara