DEMI mahu kembali aktif dalam aktiviti seni, pelakon cilik Putri Qaseh tidak ketinggalan untuk segera menerima sunt1kan vaks1n.

Ujar Qaseh atau nama sebenarnya Putri Syahadah Nurqaseh Izwandy, memandangkan dia mencari rezeki dalam bidang seni, remaja berusia 13 tahun itu perlu akur dengan syarat yang ditetapkan agar setiap pelakon dan kru terlibat mestilah lengkap vaks1nasi.

“Saya baru terima d0s pertama vaks1n jen1s Pf1zer pada Khamis lepas. Saya ambil vaks1n sebab nak mulakan penggambaran.

“Susah juga kalau belum vaks1n, sebelum ni dapat tiga tawaran berlakon tapi terpaksa tolak sebab belum vaks1n… terlepas semua,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini Qaseh turut berkongsi video dia menerima sunt1kan vaks1n secara pandu lalu.

Tambah pelakon filem Penvnggang Ag4ma ini lagi, selain bagi memudahkan untuk kembali bekerja, dia juga mahu menyahut saranan kerajaan agar golongan remaja dan pelajar sekolah menerima sunt1kan vaks1n.

Malah ibunya sendiri turut menggalakkan dia menerima suntikan pelali berkenaan untuk keselamatan diri dan orang di sekeliling.

“Saya ambil vaks1n bukan sebab terpaksa… tak ada paksaan. Saya terima atas dorongan ibu.

 

Walaupun dah vaks1n tapi saya masih risau sebab ia bukan jaminan untuk kita tidak dij4ngkiti Cov1d-19.

PUTERI QASEH

PELAKON

 

“Ahli keluarga yang lain pun sudah vaks1n, ada yang dah lengkap dua d0s. Alhamdulillah semuanya sihat.

“Syukur juga buat masa ni saya tak ada apa-apa kesan sampingan, harap semuanya okay je,” katanya.

Dalam pada itu ujar Qaseh dia tetap akan mengutamakan kesihatan dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun sudah melengkapkan vaks1nasi kelak.

put

Qaseh bakal muncul dalam filem Penungg4ng Agama 2 bermula 19 Oktober ini.

“Walaupun dah vaks1n tapi saya masih risau sebab ia bukan jaminan untuk kita tidak dij4ngkiti Cov1d-19.

“Pergi penggambaran pun risau, tapi apa-apa pun perlu la ikut SOP seperti yang ditetapkan,” katanya.

Berkongsi tentang kerjaya seni, Qaseh berkata filem Penungg4ng Agama 2 lakonannya akan menemui penonton di Astro First bermula 19 Oktober ini.

Filem seram thriller arahan Syafiq Yusof itu sebelum ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta.

Terdahulu, kerajaan membenarkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang layak menerima vaks1n Cov1d-19 perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum diberikan suntikan itu.

Golongan itu hanya boleh menerima vaks1n Cov1d-19 jika didaftar sebagai tanggungan atau ‘dependent’ dalam aplikasi MySejahtera oleh ibu atau bapa mereka.

Sumber: Mstar

Previous article[VIDEO] “Alhamdulillah, Wad C0v!d-19 ditutup..” Staf Hospital Anjur Bacaan Yasin. Sekali Ini Reaksi Netizen
Next article“Tak Mengidam Benda Pelik, Tapi Suka Dengar Lagu-Lagu Sed!h Pulak” – Ernie Zakri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here