Connect with us

Entertainment

Dah 17 Tahun ‘Bawang Merah Bawang Putih’, Wajah Terkini REVALINA Yang Makin Anggun!

Published

on

REVALINA TEMAT

Walau sudah 17 tahun fenomena sinetron Indonesia ‘Bawang Merah Bawang Putih’ berlalu namun impak drama tersebut masih terk3san di hati penonton tanah air hingga ke hari ini. Gandingan mantap Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak Siska ketika masing-masing baru mencecah usia remaja turut membuatkan ramai penonton Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua.

Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.

Keakraban Revalina & Nia hingga hari ini
Wajah terkini Revalina
Di samping suami tercinta
Keluarga Revalina

Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan, Rendy Aditwa Gunawan, Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian s3ksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.

Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana. Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019. Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 35 tahun ini bijak menjaga penampilan diri.

Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.

Tidak lagi aktif dengan dunia seni sejak berumah tangga dan mempunyai anak, Revalina bagaimana pun lihat menjaga pendapatan sebagai usahawan. Kini, dia merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.

 

Personaliti ini juga kini dilihat selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai. Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.

Kredit foto: Instagram Revalina Temat

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:nona

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara