Connect with us

Entertainment

Dafi Bagi Kata-Kata Semangat Kepada Elyana, Tapi Ada Yang P3rli…Akhirnya Komen ‘Tuan Tanah’ Buat Semua Terdi4m!

Published

on

Umum mengetahui keadaan kesihatan penyanyi Elyana dan ramai yang telah menitipkan kata-kata semangat termasuk rakan-rakan selebriti.

Namun yang menarik perhatian adalah komen penyanyi Dafi kepada Elyana yang kemudiannya dimanipulasi oleh seorang netizen.

Komen Dafi yang bertujuan memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu telah dibalas seorang pengikut sehingga melibatkan bapanya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob.

“Get well soon babe! Nanti kita lepak makan-makan okay…tapi kau yang mssak tau..hehehe..miss u,” tulis Dafi.

Bagaimanapun beberapa pengikut telah menulis komen balas seperti tidak berpuas hati gara-gara ayat Dafi mengajak Elyana ‘lepak makan-makan’.

Menerusi ruangan sama ramai pengikut lain menasihati warganet tersebut supaya tidak sewenang-wenangnya kerana Dafi hanya memberikan kata-kata semangat buat Elyana.

Elyana juga dilihat tidak berdiam diri malah memberikan respons dan meminta Dafi supaya tidak terkesan dengan komen yang dianggap kurang cerdik.

“@dafiismailsabri Dafi, jangan hiraukan comment kurang pelajaran tu ya..

“Kepada netizen,orang yang korang perli ni la yang ingat untuk mendokan saya dia depan Kaabah tanpa saya minta.

“Dia juga la yang buat surprise hantar suppliment yang dirasakan bagus untuk saya tanpa saya minta. Dia orang yang baik,” komennya yang telah mendapat hampir 600 tanda suka.

Komen tersebut kemudiannya dibalas tenang oleh Dafi.

“@elyanaofficial1 yang penting kita tau friendship kita kan babe..Tak diaorg suk-suka je tu…aku ok je…,” balas Dafi disertakan emoji senyum.

Sehingga hari ini Elyana sudah enam hari menjalani raw4tan radioterapi kerana penyakit k4nser limfoma tahap empat dihidapinya masih lagi memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Penyanyi Kalis Rindu itu juga dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam kerana kekurangan berat badan.

Doktor turut membekalkan ubat untuk menambah selera makan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Gempak

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara