” Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok..”

Itu kata-kata usahawan Ahmad IqbaI Zulkefli yang berniat untuk bergelar penyanyi tetapi hampir terbantut apabila komposer dan penyanyi rap Caprice meletakkan harga tinggi bagi sebuah lagu ciptaannya.

MaIah IqbaI turut menyifatkan penyanyi lagu Takda Hal Bro itu seorang yang berlagak selain meminta dia melakukan perkara yang mengarut dan memaIukan diri.

” Caprice ni poyo, syok sendiri… saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.

” Caprice kata dia nak harga RM600,000 mengarut kan?” ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, IqbaI menerusi Instagram memberitahu sudah menghubungi kumpulan Floor88 bagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuknya.

IqbaI turut berkata, dia meletakkan harapan untuk bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Datuk M Nasir yang sudah pasti mencapai standard yang diharapkan.

” Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia letak harga market dan standard semasa… tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

” Dia jujur dengan saya dan pernah tolong saya masa dekat Aswara dulu. Saya nak balas jasa baik dia.

Mahu lagu dari M. Nasir baru ada standard

” Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M. Nasir, baru ada standard,” ujarnya.

Sementara itu bercerita lanjut tentang projek lagu berkenaan, IqbaI berkata dia kini sedang mengikuti kelas vokal sebagai persediaan sebelum memasuki studio.

” Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune namun tidak la macam penyanyi hebat. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal.

” Sekarang saya ikut kelas dengan seorang guru vokal bernama Afiq untuk lebih bersedia sebelum rakam lagu,” ujarnya.

1 1

Terdahulu IqbaI terkejut dan tidak menyangka ramai komposer popular dari Malaysia dan Indonesia menyatakan hasrat untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuknya.

Kata IqbaI, dia keliru dan masih belum mengetahui siapakah yang bakal dipilih untuk mencipta lagu berkaitan ‘kisah tak jadi kahwin’ dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu.

” Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan… ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

” Tadi saya baru mesej dengan Caprice, dia pun nak buatkan lagu tapi lepas berbincang macam tak sesuai pula sebab dia nak buat lagu macam hiphop atau dangdut… sedangkan saya mahu lagu jiwang tangkap leleh fasal putus cinta.

” Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening, nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus.

” Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal yang nak dikeluarkan,” katanya kepada mStar.

Pada Isnin, bekas pembantu peribadi Vida ini menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya dalam kadar segera.

Mahu mencuba bidang nyanyian, IqbaI berkata tujuannya adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan dan sejarah untuk rakyat Malaysia.

” Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati semua rakyat Malaysia… mungkin dengan lagu itu orang akan faham perasaan yang saya sedang lalui sekarang ini.

” Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ini.

” Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” ujarnya.

Nama IqbaI sebelum ini menjadi sebutan apabila kisah cinta dan perkahwinannya dengan Vida menjadi perbualan netizen.

Bagaimanapun, perancangan mereka itu tidak kesampaian apabila dihalang oleh orang sekeliling dan anak-anak.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Previous article“Dia yg pilih mcmtu..”- Nmpk Pakwe Dgn Wanita Lain, Hncur Hrapan Nk Kahwin.
Next articleLihat Ucapan Rakan2 Selebriti Beri Semangat Buat Niezam Zaidi. Nasihat Remy Ishak Plg Mencuri Tumpuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here