Connect with us

Artis

“Cantiknya, mcam nk prgi nikah..” Izara Aishah Tampil Serba Putih, Mkan Mlm Sempena Hri Jdi Brsama Suami

Published

on

Pelakon Izara Aishah mencvri perhatian wargamaya apabila tampil cantik serba putih seperti seorang pengantin untuk sesi makan malam berdua bersama suaminya, Adib Khalid di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menurut Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28, makan malam itu adalah bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 28 September yang lalu.

Menerusi laman sosial Twitter, Izara berkongsi beberapa keping foto dirinya dan suami untuk tatapan umum.

“First date without our anak sayang ny4wa #birthdaydinner,” tulis Izara di ruangan kapsyen.

 

Menerusi perkongsian itu, Izara mengenakan sehelai jubah putih longgar yang sangat cantik dan dipadankan dengan tudung labuh di belakang berona kelabu cair.

Sementara itu di ruangan balas, ia dihujani dengan pujian daripada wargamaya yang rata-ratanya memuji busana putih yang digayakannya serta kecantikan semula jadi Izara.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang ciap dan 30,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada Ogos lalu, Izara mengejvtkan orang ramai apabila tampil bertudung labuh di Instagram miliknya.

Malah, Izara bertindak memadam foto-foto lamanya yang tidak bertudung.

Sekedar info, Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara