Connect with us

Entertainment

“Lawanya! Love tervk….” Penampilan Raja Permaisuri Agong Di Parlimen Jadi Buah Mulut Netiizen..

Published

on

Raja Perma1suri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraih tumpuan wargamaya menerusi busana mewahnya sewaktu mencemar duli ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada Isnin.

Menerusi laman sosial Instagram, pereka tersohor Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi beberapa keping foto bersama Tuanku sewaktu berada di bangunan Parlimen.

“Lepas rindu berbokbek dengan Tuanku. Junjung kurnia dan kasih Tuanku,” tulis Rizalman sebagai kapsyen.

Busana yang mendapat jolokan nama ‘baju kurung Tuanku Raja Perma1suri Agong’ yang berwarna kuning keemasan itu dilihat cukup sempurna dan terletak.

Tidak lengkap rekaan tanpa adanya selendang menutupi dada serta tudung empat segi dan aksesori kebesaran.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, hasil rekaan Rizalman itu sangat menambat hati kaum wanita.

“Cantiknya baju Raja Perma1suri Agong, macam pengantin!” puji seorang wargamaya.

“Sukanya tengok baju Tuanku, berseri betul,” kata seorang wargamaya.

“Cantik betul baju Tuanku, nampak macam pari-pari,” komen seorang wargamaya.

“Ya Allah anggunnya Tuanku Perma1suri. Datuk pun segak la kemain,” ucap seorang wargamaya.

“Lawanya! Love tervk,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Rizalman itu telah mendapat hampir 90,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sumber : Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara