“Cakap Memang Mudah, Yg Menanggung Di Bahu Dia Sendiri…” -Pesanan Datuk Yusof Haslam Untuk Puteri Sarah, Buat Ramai Yg Sebak

Datuk Dr.Mohd Yusof Md Haslam Khan merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia. Beliau dilahirkan pada 24 April tahun 1954, berasal dari Selongor. Datuk Yusof Haslam juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada tahun 1985. Memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1970, memegang watak tambahan sebagai Pegawai Menteri Fasola dalam Laksamana Do Re Mi (1973) bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember tahun 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Puteri Sarah telah berkahwin dengan pelakon bernama Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata bernama Syaikhul Islam dan Sumayyah. Syamsul Yusof merupakan anak lelaki kepada Datuk Yusof Haslam. Pasangan ini pernah di tular dengan isu orang ketiga di dalam hubungan mereka.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Datuk Yusof Haslam di temuramah oleh wartawan. Namun, beliau memberi pesanan untuk menantu dan anaknya, mengatakan semoga menantunya terus bertabah dan istiqomah dengan tenang walaupun beliau tahu bercakap sememangnya mudah tetapi masalah yang dihadapi dan ditanggung di bahu mereka sendiri. Reaksi Datuk Yusof Haslam membuatkan orang ramai sebak.

Lihat klip durasi pendek reaksi Datuk Yusof Haslam:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@shikinmusa_:bkn senang nk tgok Datuk Yusuf Haslam menangis , walaupun lakonan dlm filem. Tapi realitinya skrg terlihat.

@tichaaaaaa_:sedihnyaa ayah dia pulak yg mngis , syg btul dia dkt sarah

@nunueasza:mertua idaman setiap perempuan, strongest support system bak kata sarah

@Sabura:betapa sayangnya bapa mertua pada menantunya.semoga dipermudahkan..

@Marshadha92:Dia syg kn sarah tpi dia juga tidak menolak pada takdir kerana anaknya brkemampuan dan sepatut ira kena hormati sarah bkn menyerang mentel sarah

@Nur Fitrah 92:semoga jodoh puteri sarah dan syamsul yusof kuat.. semoga jodoh dyorg kekal hingga akhir hayat.. aamiin..

@mawabaker:Sebagai seorg bapa yg berpegalaman dlm rmh dia syg byk pada Ank2 Cucu2 dn menantu dia nangis seorg bapa trlalu sedih jiwa nya..

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, reaksi Datuk Yusof Haslam membuatkan orang ramai sebak melihatnya. Ada juga yang mengatakan reaksi Datuk Yusof Haslam seperti menahan perasaan sebaknya hingga menitis air mata seorang bapa yang sayang akan anak dan menantunya. Semoga mereka bertabah dengan segala dugaan yang datang melanda. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 100.1K penonton, 3418 sukaan dan 124 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*