Connect with us

Entertainment

“Cad4ngan L4ksana PKP Menyeluruh,” Ini Penjelasan Ismail Sabri

Published

on

Jerantut: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, sebaliknya meneruskan perintah itu secara bersasar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pelaksanaan PKP bersasar juga boleh dilakukan mengikut sistem Hotspots Identification for Dynamic Engangement (HIDE) yang boleh menunjukkan kawasan tertentu dengan penularan kes yang besar (titik panas) Covld-19 untuk dikenakan PKP.

“Jika ada kawasan titik panas, kita akan buat PKP tetapi mengikut kepada kampung, mukim atau daerah yang mempunyai kes penularan yang banyak dengan skala paling kecil ialah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun ia masih secara bersasar setakat ini.

“Bagaimanapun, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kerana mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika tiada intervensi daripada kerajaan, kes boleh sampai sehingga lebih 5,000 selepas raya dan boleh meningkat sehingga 10,000 kes pada Julai dan Ogos,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan laluan jambatan “Compact Bailey 100′ Kampung Sungai Putat di sini hari ini, yang dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Beliau ditanya jika kerajaan berhasrat melaksanakan PKP secara menyeluruh memandangkan peningkatan kes baharu yang tinggi sejak kebelakangan ini dengan 4,498 kes baru semalam, selain kebimbangan masyarakat jika PKP menyeluruh dikenakan pada saat-saat akhir sebelum Aidilfitri minggu depan.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi ini, juga membincangkan kemungkinan PKP pada hari raya, dengan keputusannya dijangka diumumkan pada petang ini atau selewat-lewatnya esok bagi memberi rakyat membuat persediaan sebaiknya.

Ismail Sabri juga mengesahkan MKN Pahang sudah membuat permohonan supaya daerah Kuantan diletakkan di bawah PKP mengambil kira peningkatan kes positif di beberapa lokaliti di daerah itu sejak akhir-akhir ini, namun ia juga belum diputuskan.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan jambatan berkenaan, Ismail Sabri berkata pembinaannya dibuat selepas jambatan asal rosak akibat banjir teruk di Pahang awal tahun ini, menyebabkan ia ditutup sepenuhnya pada 24 Mac lalu.

Keadaan itu menyukarkan hampir 1,000 penduduk Kampung Sungai Putat dan kawasan sekitar ke bandar dan ke sekolah yang terletak di Felda Padang Piol di sini, menyebabkan mereka mengambil inisiatif membaiki sendiri jambatan dengan menggunakan batang pokok kelapa.

“Bagaimanapun, jambatan itu dilihat tidak selamat menyebabkan Tentera Darat Malaysia (TDM) menggerakkan dua Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk melaksanakan pemasangan jambatan Compact Bailey 100 sepanjang 24 meter dengan lebar lima meter yang berjaya disiapkan dalam tempoh 17 jam pada 28 April lalu,” katanya

Kerja pemasangan jambatan yang boleh bertahan sehingga 20 tahun itu melibatkan dua pegawai dan 58 anggota RAJD dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikoordinasikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Jambatan itu adalah jambatan bailey ketiga dibina TDM di Pahang yang rosak akibat banjir, iaitu selepas di Kampung Lechar,Raub dan Kampung Belimbing, Maran selain sebuah di Kampung Belum Baru, Lenggong, Perak.

Sementara itu, penduduk kampung Sarina Mohamed, 40, berkata kerosakan jambatan itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan utama untuk ke bandar dan Felda berhampiran yang mengambil masa selama hampir sejam, berbanding hanya 10 ke 15 minit jika melalui jambatan tersebut.

“Sekolah terdekat berada di Padang Piol menyebabkan kami terpaksa keluar lebih awal iaitu jam 6.30 pagi untuk menghantar anak kerana jalan itu juga kecil dan berliku selain terpaksa berhenti memberi laluan jika ada lori sawit melaluinya,” katanya.

Suri rumah, Che Norizan Che Dollah, 51, berkata jambatan yang merentangi Sungai Beletir itu pernah rosak akibat banjir pada 2014 namun keadaan lebih teruk pada tahun ini, dan beliau juga ‘sempat’ menggunakan jambatan batang kelapa itu selama seminggu sebelum JKR daerah menutup lalu lintas di situ atas faktor keselamatan.

Selain jauh, Che Norizan yang juga anak jati Kampung Sungai Putat berkata laluan utama untuk ke bandar juga agak sunyi kerana melalui kawasan ladang sawit menyebabkan dirinya risau untuk menunggang motosikal di situ.

AktivitI Sukan Sepanjang PKP

Kuala Lumpur: Ak.tiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penja.rakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula 8 Mei 2021.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan kelong.garan itu diberi selepas Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mempertimbang ra.yuannya untuk melihat semula keputusan berhubung prosedur o.perasi standard sektor sukan serta rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

“Kelong.garan-Kelong.garan lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook KBS itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli Sidang Khas MKN, khususnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan KBS.

Pada masa sama, Reezal Merican menyeru peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan ak.tiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.

“Kita masih belum menang dalam melawan pen.ularan C0vid 19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan” katanya.

Semalam, Sidang Khas MKN memutuskan untuk mengga.ntung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan PKP termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.

Bagaimanapun, beberapa aktiviti seperti program latihan berpusat secara kuarantin Majlis Sukan Negara dan Majlis-Majlis Sukan Negeri menggunakan konsep ‘Camp Based Training’ antara yang dibenarkan.

Perkembangan itu secara tidak langsung meng.undang pelbagai reaksi masyarakat apabila ak.tiviti riadah seperti bersenam, joging dan berbasikal bersendirian tidak dibenarkan.

Sumber : trending sgt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara