Connect with us

Viral

“Kenapa Kau Diam..” – Zahiril Adzim Sahut Cabaran jadi pembaca berita

Published

on

Pelakon, Zahiril Adzim, 37, menegur individu yang mengecam orang tidak berkongsi situasi semasa di Semenanjung Gaza menerusi laman sosial sebagai kurang prihatin.

Katanya, setiap insan mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Plestin yang kini bermandi darah berdepan serangan rejim Z1onis.

“Kalau orang itu tidak post (muat naik) apa-apa tentang isu Plestin dalam platform media sosial, tidak bermakna dia tidak kisah atau tidak peduli.

“Tak perlulah kau marah, kecam atau ‘menganjing’. Relaks. Chill (tenang). Mungkin dia pulun dengan berdoa atau belanjakan wang ringgit dia untuk sumbangan.

Menerusi entri terbaru Zahiril Adzim, dengan kapsyen:

Abang ni challenge aku baca berita guys.

Jom lihat apa kata netizen:

“Cut!!!! Aku suruh kau cakap kenapa kau diam!!!..”

“Hahahahahah orang suruh bacakan berita bagi orang lain faham bukan untuk kefahaman sendiri”

Zahiril yang juga suami kepada pelakon Syera Aiyob turut berharap ketika umat Islam perlu mengelak daripada perpecahan terutama sewaktu berdepan suasana genting ketika ini.

“Ini waktu untuk umat Islam bersatu. Tidak perlu bangkitkan isu remeh untuk berpecah belah. Jangan jadi Melayu bodoh pada waktu begini. Kita sama berjuang cara kita,” katanya lagi.

Golongan selebriti tempatan termasuk Faizal Tahir, Heliza Helmi, Diana Amir, Mizz Nina, Naim Daniel, Adibah Noor, Ahmad Fedtri Yahya dan ramai lagi tidak terkecuali lantang menzahirkan kemarahan terhadap Zionis.

Namun di tengah kegusaran dunia menanti kekejaman itu berakhir, ada juga individu cuba mencetuskan polemik dengan mengecam golongan yang tidak berkongsi isu terbabit dalam laman sosial sebagai tidak prihatin.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG zahiriladzim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara