SEJAK Selasa, media sosial kecoh dengan perkongsian klip video memaparkan tindakan seorang wanita yang yang selamba membuang bungkusan plastik daripada kenderaannya ketika berhenti di atas sebuah jambatan di Kelantan.

Menerusi video berdurasi 20 saat yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya, ia memaparkan wanita berkenaan yang ‘menjenguk’ keluar daripada tingkap keretanya, dan melemparkan dua bungkusan daripada jambatan, dipercayai di Kelantan.

Video berkenaan yang dimuat naik di Facebook kemudian menjadi tular dengan rata-rata netizen mengec4m tindakan wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘tiada kesedaran sivik’.

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mem4lukan rakyat negeri Kelantan, merujuk kepada nombor pendaftaran kenderaan dinaikinya yang menggunakan plat ‘D’.

Netizen berpendapat tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencem4ran sungai sekaligus dikaitkan dengan benc4na banjir yang sering kali membawa bersama s4mpah sarap dan plastik.

Bagaimanapun selepas mendapat kec4man hebat di media sosial, keluarga berkenaan tampil membuat penjelasan berhubung video tular berkenaan.

Menerusi satu posting di Kelantan Daily, pentadbir laman Facebook berkenaan memaklumkan bahawa keluarga wanita berkenaan memaklumkan bahawa barang yang dibuang bukanlah s4mpah seperti yang diviralkan.

997805

Penjelasan yang dimuat naik di Facebook Kelantan Daily.

“Sebenarnya mereka baru balik dari berubat di Kuala Krai. Mereka disuruh oleh perawat tradisional supaya membuang barang s4ka ke dalam arus sungai yang mengalir.

“Jadi itu sebablah kenapa mereka membuang bungkusan itu ke dalam sungai. Mohon semua pihak tolong hentikan menyebar dan mem4ki hamun keluarga itu. Kasihanilah mereka, ia menyebabkan pes4kit tu men4ngis dan kemvrungan. Harap puak-puak kita boleh faham situasi yang mereka alami,” demikian tulis pentadbir laman berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kewajaran berbuat demikian apatah lagi dalam situasi kenderaan yang sedang bergerak.

997806

Antara komen netizen yang mempersoalkan kewajaran tindakan wanita berkenaan membuang daripada atas jambatan, meskipun ia barang perubatan.

“Nak buang ada cara dia, bukan main lempar macam tu. Buang depan orang ramai, banyak kereta pula tu. Benda boleh fikir kot sebelum buang macam tu,” komen seorang netizen.

“Berhenti biar molek (elok-elok), kenapa tak turun ke bawah? Orang sekarang kisahkan pencem4ran, dia sibuk nak buang dalam sungai,” komen netizen lain pula.

“Cara buang tak elok. Sepatutnya berhenti la tepi dulu, baru buang,” kata seorang netizen lagi.

Sumber: mStar!

Previous articleDip4tuk Ular Ketika Bermain Di Belakang Rmh.. Ini Keadaan Terkini Anak Meor Mohd..
Next articleArtis Terkenal, Chacha Meningg4l Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here