Connect with us

Entertainment

Bukan Buka Aib, Wanita Kongsi P3rit Jadi Penghuni Henry Gurney Sebagai Pedoman

Published

on

Tiga tahun menjadi penghuni Sekolah Henry Gurney sudah cukup untuk menyedarkan wanita ini akan pengajaran daripada kesilapan pernah dilakukannya.

Bercerita serba sedikit kisah sebagai penghuni di sekolah pemulihan akhlak yang terletak di Telok Mas, Melaka menerusi aplikasi TikTok, ternyata ramai netizen yang teruja dengan perkongsian wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rieyna ini.

Kredit foto: IG Rieyna

“Saya dij4tuhkan hukum4n selama tiga tahun. Saya masuk di bawah Seksyen 46 iaitu Kanak-kanak Tak Terkawal. Sebelum ini saya di sekolah Tunas Bakti, saya dan kawan-kawan seramai lima orang lari dari sekolah itu. Kemudian kami ditah4n semula dalam tempoh tiga bulan dan dij4tuhkan hukum4n ke Sekolah Henry Gurney,” ceritanya.

Menurut Rieyna, dia dimasukkan ke Henry Gurney sewaktu berusia 15 tahun.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kisahnya, Rieyna berkata kesal4han yang dilakukannya itu adalah terdorong oleh jiwa remaja yang ingin bebas lantaran merasakan agak terkongk0ng ketika ditempatkan di sekolah Tunas Bakti.

“Tiga bulan kemudian, p0lis dapat meng3san dan kami di4ngkap seterusnya dibawa ke mahk4mah. Di mahk4mah, kami mengaku kesalahan dan dijatuhk4n hukum4n selama tiga tahun.

“Pada awalnya, memang sangat sukar… asyik berfikir macam mana hidup dekat sini. Boleh dikatakan hampir setahun juga nak biasa dan terima suasana baru.

“Keluarga dibenarkan melawat pada hari raya, tapi hari raya kedua dan waktu cuti umum. Namun keluarga saya jauh di Kedah… ibu melawat dalam dua atau tiga bulan sekali. Hanya surat saya hantar untuk meluahkan perasaan,” ceritanya kepada mStar.

@bubblebee323

Reply to @nur.jmy done share dear.. #foryou #esekeli

♬ original sound – ☘️☘️𝓖𝓻𝓮𝓮𝓷𝓣𝓮𝓪☘️☘️

@bubblebee323

Answer to @a.mlrror done share.. assalamualaikum dan selamat pagi semua #tiktok #foryou

♬ original sound – ☘️☘️𝓖𝓻𝓮𝓮𝓷𝓣𝓮𝓪☘️☘️


Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, sebagai bekas penghuni Henry Gurney, dia tidak terkecuali berdepan dengan segelintir individu yang mempunyai stigma tertentu terhadap golongan sepertinya.

Ujarnya, perkara tersebut sedikit sebanyak mewujudkan rasa m4lu, rendah diri ketika berdepan dengan khalayak serta t4kut kepada bayang-bayang sendiri.

“Masa saya sambung belajar di kolej, ada juga pensyarah yang mempunyai pandangan tertentu selepas melihat sijil-sijil saya. Kita dapat rasakan perkara itu dan kadang kala berfikir adakah seseorang tiada peluang kedua?

“Begitu juga dengan segelintir masyarakat yang bersifat ‘judgemental’. Tanpa tahu cerita sebenar, terus saja label perempuan yang buat salah ni kononnya ada isu moral, meng4ndung lu4r n1kah. Selalu buat spekulasi sendiri.

“Bila sikap seperti ini ada dalam masyarakat, ia sedikit sebanyak timbulkan tekanan. Kami akan fikir, ada ke orang nak kawan, ada ke lelaki nak terima dan sebagainya. Alhamdulillah, pasangan saya boleh terima ketika saya cerita tentang diri saya,” ujarnya yang kini menetap di kampung halamannya.

@bubblebee323

Reply to @sailorman_purba done share.. terimakasih #foryou #esekeli

♬ original sound – ☘️☘️𝓖𝓻𝓮𝓮𝓷𝓣𝓮𝓪☘️☘️


Bukan mahu mend3dahkan aib sendiri di media sosial, Rieyna berkata perkongsiannya adalah untuk dijadikan iktibar dan pedoman khususnya buat generasi muda.

“Saya hanya kongsi pengalaman dan pasal sekolah Henry Gurney sebab mungkin ada adik-adik yang tak tahu. Ia sebagai pengajaran agar kesilapan yang pernah saya lakukan takkan diulangi lagi budak-budak yang sedang meningkat usia.

“Bayangkan, tempoh tiga tahun macam-macam boleh buat… kalau masuk ‘dalam’, dah terbuang masa. Tapi apa yang dah terjadi mendatangkan hikmah kepada saya. Saya tak salahkan mana-mana pihak. Alhamdulillah, ia banyak mengajar saya.

“Boh0nglah jika tak terbit rasa meny3sal… lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Teringat apa yang keluarga dah lalui disebabkan saya. Manusia tak lepas dari buat silap namun layak diberi peluang kedua.

Kredit foto: IG Rieyna

“Bagi saya, angg0ta masyarakat sepatutnya beri ruang dan bukan makin menjauh. Mereka perlu terbuka minda dan usah bersikap menghvkum. Pendek kata, berfikir sebelum berkata-kata kerana kita tak tahu ‘struggle’ setiap orang,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber: mStar via cari

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara