Sebut sahaja nama Saari Amri, pasti ramai mengenali nya sebagai komposer lagu lagu yang hebat. Lagu lagu yang didendangkan oleh artis kumpulan SLAM, MAY, UMBRELLA, EXIST dan banyak lagi dicipta sendiri liriknya oleh Saari Amri.

Lagu yang dinyanyikan itu bertajuk Buih Jadi Permaidani yang pada asalnya melodi Mengintai Dari Tirai Kamar yang ditukarkan liriknya.

Tambahan lagi, Saari mengucapkan terima kasih dan rasa terharunya kerana lagunya menjadi pilihan mereka dan mengatakan suara mereka mengalunkan lagu tersebut sungguh enak dan merdu.

Banyak antara lagu-lagu ciptaannya menjadi pilihan oleh masyarakat Indonesia dan dia berasa teruja dengan sambutan baik daripada penggemar karya muziknya.

Lihat juga apa kata orang ramai mengenai klip yang dikongsi oleh Saari Amri:

“Saya warga indoneaia penggemar lagu2 ciptaan Saari Amri pasal lirik dan nadanya sangat bagus dan berkata mutiara.. dari lagu Slam, Nike Ardilla, UKS, Exis dll…semua lagunya sangat terkenal diindonesia sepanjang masa..terima kasih bang Saari Amri sudah bikin orang terhibur, semoga abang sihat2 selalu dan terus berkarya ciptakan lagu berikutnya.. sebelum saya tak tahu siapa Saari Amri, baru sekarang saya lihat wajahnya…”

“sukses selalu dan sehat sllu abg Saari Amri… salam dari Indonesia… semua ciptaan abg saari amri termusuk yg populerkan oleh artis lagendaris slow rock indonesia tepatnya almarhum nike ardilla. sangat mantap di dengar. bahkan yg di bawakan oleh artis2 malaysia. saya suka dengarin karya abg… skrg lagi viral (REZA) suara yg mirip almarhum nike ardilla…. kami warga indonesia sangat menghargai berharap agar abg SAARI AMRI bisa menciptakan lagu buat gadis yg sangat mirip suaranya dengan almarhum teh nike… kami sangat merindukan suara itu setelah terkubur 26thn lamanya kini suara itu kembali lagi….. i love Malaysia. salam dari Indonesia…”

44

Zinidin Zidan, Penyanyi Cover Buih Jadi Permadani yang Viral di Tik Tok

Ramai rakyat Indonesia yang menyokong karya muzik dari Malaysia dan telah banyak lagu-lagu dari Malaysia yang menjadi siulan di negara seberang, begitu juga di negara kita.

Datuk Seri Siti Nurhaliza antara penyanyi yang begitu terkenal di Indonesia manakala Datuk Rossa antara penyanyi yang dikenali di negara kita dan ramai lagi penyanyi yang melebarkan sayap di negara jiran.

Video dibawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Youtube Saari Amri

Previous article“Tapau Habis, Tak sangka diorang boleh bawa lagu ni..” – Netizen
Next article”Baby Nak Keluar..” – Wawa Zainal Masuk Hospital, Aeril Zafrel Titip Doa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here