Connect with us

Entertainment

Buat Pertama kali, Ziana Zain Dedah Punca Reject Cinta Azwan Ali

Published

on

Air mata jantan pengacara Azwan Ali berguguran apabila berbicara tentang hubungan istimewanya bersama penyanyi Ziana Zain.

Menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua, Azwan diminta rakan pengacara Elly Mazlein memberi komen sama ada Ziana yang sudah lama Azwan kenali mungkin boleh menjadi teman wanitanya.

Pada mulanya, Azwan Ali tanya terus terang kepada Ziana Zain kenapa Ziana Zain tidak menerima cintanya pada satu masa dulu. Ziana Zain secara berjenaka memberitahu dia menolak cinta Azwan Ali sebab dia bukan citarasanya atau menurut ayatnya “not my taste”.

“Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal,” kata Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali itu seraya air matanya berlinangan.

Berbunyi remeh, namun emosi Azwan bertukar sebak saat menjawab pertanyaan tersebut.

Azwan, 54, yang cukup dikenali dengan gelaran Diva AA turut memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama mereka tidak bertemu antara satu sama lain.

VIDEO :

“Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” kata Azwan dalam keadaan teresak-esak.

Ziana yang turut dijemput sebagai tetamu undangan dalam program realiti berkenaan memaklumkan orang lain tidak kenal Azwan sebagaimana dirinya mengenali figura itu.

“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat.

“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” tutur pelantun lagu Dingin itu.

Azwan pernah menaruh perasaan terhadap Ziana suatu ketika dahulu namun cintanya bertepuk sebelah tangan.

Terdahulu, dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Azwan ada menjawab persoalan sama ada dia mahu mengahwini Ziana.

Jawab Azwan, urusan tersebut adalah antara dirinya dan Ziana. Orang lain tidak perlu sibuk.

Sumber: K! ONLINE

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara