Connect with us

Artis

“Bru tau ade pangkat Dato’ rupanya..”- Nak Beli Gelaran Datuk?, Akaun Bank Pun Tinggal RM1

Published

on

Terkenal dengan slogan Kasi Sengat, pelakon Soffi Jikan, 51, menge.jutkan ramai apabila dia kini dikatakan bergelar Datuk.

Tidak menafikan perkara tersebut, Soffi bagaimanapun memilih untuk tidak memberi komen lanjut termasuk daripada pihak mana dan sebagainya kerana bagi pelakon ini, ia berkaitan dengan urusan undang-undang.

“Saya sudah lama terima gelaran itu, tetapi tak mahu komen lebih-lebih mengenai hal itu kerana telah mendapat nasihat peguam. Anda semua akan dapat jawapannya sendiri kelak. Allah SWT tak akan menyembunyikan perkara yang baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi komen meski digesa, Soffi bagaimanapun mengaku bimbang andai ter.silap kata dan perkara itu akan menimbulkan kon.trad.iksi tertentu yang telah dipersetujui.

“Kalau saya jawab salah, tak jawab pun salah. Tapi saya rasa benda ini akan terjawab nanti, biarlah dalam ben.tuk surat rasmi atau sokongan bukti, itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada timbul kebimbangannya andai ramai pihak terutama netizen yang akan mempersoalkan gelaran itu telah dibelinya, Soffi cuma tertawa kecil.

Menurutnya, tidak mungkin dia akan melakukan hal seperti itu sedangkan baki yang tinggal dalam akaun bank juga cuma tinggal RM1.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kasi sengat (@soffijikan)

“Nak beli gelaran Datuk? Saya boleh lampirkan tangkap layar kepada awak untuk buktikan akaun bank saya tinggal RM1 sahaja. Tak perlu temberang, saya jujur saja. Duit tinggal seringgit, macam mana nak beli? Tak masuk akallah.

“Sebelum ini pun, apabila ada yang tahu saya ada gelaran itu, ramai yang datang cuba nak minta der.ma dengan saya. Tapi apa yang mereka tak tahu, saya sendiri pun bukan orang senang, nak der.ma macam mana,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Soffi, dia juga enggan orang memang.gilnya dengan gelaran tersebut kerana menganggap dia manusia biasa dan masih berusaha dalam urusan perjuangan dan misinya.

“Tapi apa pun saya syukur. Allah SWT berikan saya ketenangan walau tak senang. Dalam hidup ini, Dia bagi dua pilihan saja, senang atau tenang. Saya pilih tenang sebab orang yang senang tak selalunya tenang.

“Saya pula masih berjuang dengan urusan hak royalti industri krea.tif selain membantu mengangkat usahawan bumiputera dalam bidang Industri Kecil Sederhana (IKS). Sekarang pun si.buk nak bangunkan perniagaan minyak pelin.cir kenderaan di bawah jenama S.O.P. (Super Oil Power). Pendek kata memang ‘struggle’,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: UTUSAN ONLINE, mykmu

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara