“Bila Nk Saman, Sruh ‘Lawyer’ Kau Cepat Skit Buat Keje…” -Puteri Sarah Ambil Tindakan Undang-Undang Stlah Dicabar Oleh Pihak Orang Ketiga

Puteri Sarah Liyana merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1 Disember tahun 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau telah berkahwin dengan pelakon iaitu Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Pasangan ini dikurniakan 2 cahaya mata, Syaikhul Islam yang dilahirkan pada 19 April 2017 dan Sumayyah dilahirkan pada 16 Mac 2017.

Sebelum ini pernah ditularkan dengan isu orang ketiga di dalam hubungan rumah tangga beliau, namun Puteri Sarah sudah mulai ambil tindakan undang-undang atas pihak orang ketiga yang mencabar beliau di media sosial. Dalam video klip ini menunjukkan di mana beliau memberi penjelasan tentang isu ini. Puteri Sarah mengatakan beliau berbuat demikian kerana maruah beliau yang tercemar selama 2 tahun. Beliau juga mengatakan tidak kesah dengan isu ini antara menang ataupun kalah, dan ingin memperjuangkan hak beliau yang sering di ‘pijak’.

Lihat klip durasi pendek penjelasan Puteri Sarah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Lihat apa juga kata orang ramai:

“Kalau suami dia x nk support dia pun lepas ni lantaklah..Allah ada. Whole Malaysia tau siapa salah siapa benar. Apa pun moga yang terbaik buat Sarah.”

“cara cakap pun dh thu tertekannya 4tahun lps strong!!!!!”

“Knapala penyondol dah menyondol suka provoke lagi? Diam¬≤ la.. supaya takda aib siapa¬≤ terbuka.. dah ambik laki org suka ejek2 bini org tu dah knapa?”

“Berani kerana benar go go go sarah! I support you! Katakan tidak kepada penyondol”

“Bgus sarah jgn pk sgt pasal bapak dia..bukan bapak dia slah..bapak dia mintak maaf bg pihak anak..mslah nya anak nya never stop..jd baik sarah do something”

“bagi aku..bagus berpisah…betepuk tangan sebelah tak berbunyi…benda yg retak tak sama kalau dicantum semula..tetap ada bekas juga di hati..”

“Berani kerana benar.takut kerana salah.- Allah sentiasa bersama org2 yg benar-.”

“Go sara go Allah akan sentiasa bersama orang yabg teraniaya”

Netizen turut memberi komen tentang isu ini, mengatakan tidak perlu berasa takut jika tidak bersalah, berani kerana benar. Orang ramai juga mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan atas Puteri Sarah. Perkongsian video klip di Instagram ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 156K penonton dan 443 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*