Connect with us

Entertainment

Bersikap Biad4p, Sekali Tokti Selar

Published

on

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyelar tindakan netizen bersikap biad4p dan melemparkan komen negatif terhadap persembahan Aishah yang menggantikan tempatnya menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), baru-baru ini.

Tampil mempertahankan penyanyi bervokal mantap itu, Siti berkata, Aishah sudah melakukan yang terbaik dan tidak adil menghakimi seorang penyanyi bertaraf legenda yang mempunyai reputasi cemerlang dalam industri muzik.

“Kak Aishah sudah berusaha menyampaikan lagu ini dengan baik. Saya ralat apabila ada yang mengadili penyanyi bertaraf legenda yang diperakui dalam bidang nyanyian. Sebagaimana saya menghormati legenda atau bakat seni lain, begitu juga saya menghargai bakatnya.

“Saya melihat Kak Aishah mengambil sepenuh tanggungjawab. Saya perlu memberi kredit dan amat menghargai untuk semua usahanya,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi Anta Permana itu berkata, tidak perlu mempersoalkan pemilihan penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Mansimu itu untuk menggantikan tempatnya kerana Aishah memiliki kredibiliti menggalas tanggungjawab itu.

“Saya menghormati Kak Aishah dan sebagai komposer, Ippo Hafiz sendiri memilihnya menerusi perbincangan dengan kami. Tidak perlu menghukvm sesiapa sahaja andai kita tak bersetuju.

“Setiap penyanyi ada cara penyampaian tersendiri. Apabila mengikut seratus peratus nyanyian asal, orang akan mempersoalkan. Jika menyanyi ikut cara sendiri, tetap juga kena kec4m. Sebenarnya, kita ini hidup dalam dunia yang bagaimana?,” tanya Siti.

Kesal dengan apa yang berlaku, penyandang trofi Anugerah Sri Perak, Anugerah Bintang Popular BH pada 2012 itu menggesa budaya buli siber dihentikan kerana ia mampu mengikis perasaan hormat dalam masyarakat.

“Saya tidak fikir perkara ini mengenai Kak Aishah semata-mata. Saya juga pernah menyanyi dan buat silap hingga dikecam. Budaya buli siber ini boleh membunuh mentaliti masyarakat.

“Saya harap kita dapat menerapkan kesedaran dan memahami ini adalah budaya tidak sihat. Raikan semua orang, hargai setiap individu. Moga Kak Aishah tabah dan terima semua ini dengan kental,” ujarnya.

Terdahulu, Aishah berkongsi luahan hati menerusi media sosial mengenai sikap biad4p segelintir netizen yang menghinanya hanya kerana tidak puas hati dengan persembahan dalam episod kedua SFMM35.

Sumber : Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara