Connect with us

Viral

Wanita Hamil Mavt Bersama Suami & Anak, Tinggal Si Sulung Kini Yatim Piatu

Tiga sekeluarga maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM74, Jalan Ipoh-Gerik dekat Kampung Kuak, Sauk malam tadi. Mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Toyota Vios iaitu Abdul Hakim Hashim, 32, isterinya Nurul Huda Arifin, 31, dan anak mereka berusia dua tahun iaitu Adib Aidan. Dua terselamat […]

Published

on

Tiga sekeluarga Mavtt selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM74, Jalan Ipoh-Gerik dekat Kampung Kuak, Sauk malam tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Toyota Vios iaitu Abdul Hakim Hashim, 32, isterinya Nurul Huda Arifin, 31, dan anak mereka berusia dua tahun iaitu Adib Aidan.

Dua terselamat iaitu seorang lagi anak pasangan itu, Ammar Aiman, 4 tahun yang mengalami kecederaan ringan serta pemandu Toyota Hilux, lelaki berusia 33 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, abang kepada Nurul Huda iaitu Mohd Helmi Arifin berkata Allahyarham adiknya hamil dengan kandungan mencecah usia lima bulan.

“Mahu atau tidak terpaksa reda walaupun ralat. Perut (arwah) pun dah nampak biarpun jantina kandungannya kami masih belum tahu,” katanya.


Beberapa posting di laman Facebook turut memberi ucapan takziah atas pemergian tiga sekeluarga itu selain mendoakan mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah

#TakziahAlumni إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنInnalillahi wa inna ilaihi raji’un..Assalamuailakum…

Rehatlah kalian dengan tenang & bahagia

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kehidupan ini hanya pinjaman Allah untuk kita termasuk orang2 sekeliling kita….

Terdahulu, keluarga itu sedang menuju ke arah Gerik dari Kuala Kangsar sebelum pemandu Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata, pemandu Toyota Hilux dan kenderaan terbabit telah ditahan bagi siasatan lanjut dimana darah serta urin diambil untuk ujian toksikologi.

SUmber: Ohmymedia.cc

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara