
Sempena meraikan Hari Sukan Negara 2021, penyampai radio popular Fara Fauzana memuatnaik foto bersama ratu gim.nastik negara, Farah Ann dengan ucapan istimewa buat atlet tersebut.
Pencapaian Ratu Gimnastik Yang Membanggakan
Berdasarkan hantarannya di Instagram, Fara mengatakan pencapaian ratu gimnastik negara itu sangat membanggakan kerana mampu bertanding sehingga ke peringkat Olimpik. Malah, wanita itu jgua bertanding seorang diri di acara berprestij tersebut dengan senyuman dan semangat diri yang ke.n.tal.

“@farahann94 – Pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia sehingga ke peringkat Olimpik. Walaupun bertanding seorang diri Walaupun bertanding seorang diri tapi semangat dan senyuman dia dah buatkan semua orang bangga.” Tulisnya
Ber.gu.rau Tentang Kekalahan Ratu Gimnastik, Fara Suruh Pergi Bertanding
Dalam masa yang sama penyampai radio senior ini memberi ama.ran buat orang ramai yang cuba untuk ber.gu.rau mengenai ke.ka.lahan Farah Ann di Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Tegasnya, mereka boleh cuba pergi bertanding sendiri dan lihat sama ada berkemampuan seperti atlet negara itu.
“JANGAN SESEKALI BERGURAU CAKAP ‘alaa dia pergi pun kalahh!’
Cuba awak sendiri buat, tengok mampu ke tidak?!!
Ok sabar Fafau, sabar. Apa pun TERIMA KASIH Farah Ann kerana buat habis baik untuk Malaysia” Tulisnya lagi

Betul kata Fara Fauzana, suka sangat mengecam dan bergurau tentang kekalahan atlet cuba pergi bertanding sendiri tengok mampu buat ke tak.
View this post on Instagram
Sumber: Muraimy
Leave a Reply