Connect with us

Artis

Berat Badan Sherry Alhadad Turun 25kg Gara-Gara Hal Ini

Published

on

KUALA LUMPUR: Melihat imej dan penampilan terbaharu, nyata usaha pelakon, pelawak dan pengacara popular, Sherry Alhadad, 36, menurunkan berat badan semakin berhasil.

Bukan sahaja tubuh gempal yang menjadi ‘tanda dagang’ mula menyusut, malah Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad kelihatan cukup bergaya.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai bukan sedikit pengorbanan dilakukan pengacara program The Sherry Show itu. Selain menjaga pemakanan, Sherry ker4p bersenam sambil dibantu dengan pengambilan produk pelansingan badan.

Di sebalik kesungguhan mendapatkan bentuk badan ideal, selain menjaga kesihatan lebih baik timbul persepsi n4kal mend4kwa, Sherry mahu kurus kerana berhasrat mencari cinta.

Saat diajukan persoalan kepada empunya diri, pemenang Artis Komedi Popular dan Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu hanya tergelak besar.

Pantas menafikannya, Sherry mend3dahkan, dia masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai dijadikan calon suami sehingga saat ini.

“Saya masih single dan sukar mahu cari kekasih. Mungkin sifat kelakar saya menimbulkan keraguan pada lelaki apakah saya boleh serius dalam percintaan.

“Namun, berdasarkan situasi getir C0VID-19, bagaimana mahu mencari jodoh? Dua tahun berlalu begitu sahaja. Ditambah pula, saya hanya bertemu orang yang sama setiap hari. Takkanlah sampai tahap mhu menggunakan aplikasi cari jodoh, Tinder,” katanya kepada BH Online.

Diusik pertanyaan apakah salah sekiranya menggunakan kaedah cari jodoh dalam talian sebagai salah satu usaha untuk mencari pasangan hidup, ibu saudara kepada pelakon Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah itu mendedahkan, dia pernah terdetik mahu mencuba cara itu.

“Saya diperkenalkan seorang teman mengenai kewujudan aplikasi cari jodoh berkonsepkan Islam. Walaupun saya sangat skeptikal dengan cara ini, tetapi saya cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenainya.

“Namun, apabila memikirkan kesan pada kemudian hari, ditambah pula tidak mahu dilihat berpura-pura, saya batalkan sahaja niat ini. Jika boleh, saya lebih suka mengenali seseorang secara berdepan berbanding menerusi aplikasi WhatsApp dan foto,” katanya.

Sherry Alhadad mendedahkan pernah berpacaran sebanyak dua kali, namun semuanya berakhir di pertengahan jalan. - Foto IG Sherry Alhadad

– Foto IG Sherry Alhadad

Sherry Alhadad mend3dahkan pernah berpacaran sebanyak dua kali, namun semuanya berakhir di pertengahan jalan.

Meskipun dilihat cukup komited dengan kerjaya dan menjadi antara selebriti terlaris, bekas graduan Ijazah Seni Persembahan Teater, Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu tidak mahu menjadikan alasan kerjaya sebagai halangan untuknya mencari jodoh dan bercinta.

“Melihat cara saya bekerja hari ini, saya yakin teman lelaki marah dan rasa terabai memandangkan saya sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas, setiap hari.

“Namun, jika ditakdirkan menemui seseorang, saya akan cuba membahagikan masa dan memberi sepenuh perhatian terhadapnya,” ungkap wanita peramah ini.

Diajak berbicara sejarah kisah cinta, Sherry berkata, dia pernah berpacaran sebanyak dua kali, namun semuanya berakhir di pertengahan jalan.

“Kali pertama mungkin boleh dikatakan cinta m0nyet, manakala cinta kedua pula berputik ketika saya menuntut di ASWARA. Kami berpisah bukanlah disebabkan bentuk badan kerana dia menerima saya seadanya.

“Kami putus kerana si dia mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Alasannya saya anggap sangat tipikal. Masa itu, saya memang sangat kec3wa.

“Berat badan saya turun sebanyak 25 kilogram dan keputusan peperiksaan juga terjejas gara-gara putus cinta,” cerita anak jati Kuala Lumpur ini.

Sama seperti penggiat seni lain, pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut menghalang pelakon yang diperkenalkan menerusi telefilem Sutun pada 2006 meneruskan aktiviti seni sehingga satu tempoh yang belum ada kepastian.

Akuinya, situasi itu sedikit sebanyak memberikan kesan emosi dalam dirinya.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 masih diberi kelonggaran untuk beriadah. Secara tidak langsung saya boleh lepaskan tekanan.

“Namun, pelaksanaan Fasa Satu PPN kita semua terp4ksa berkvrung dalam rumah sepanjang masa. Situasi ini memberi kesan terhadap emosi saya.

“Keadaan ini menyebabkan saya sukar untuk melelapkan mata. Jika tidur pun, saya akan terjaga pada waktu dinihari.

“Selain itu, pelbagai berita menakutkan mengenai pandemik C0VID-19 ditulis dalam media sosial membuatkan saya berfikir banyak perkara hingga terbawa-bawa dalam mimpi,” kongsi Sherry.

 Dilihat komited dengan kerjaya dan menjadi selebriti terlaris, Sherry Alhadad tidak mahu menjadikan alasan kerjaya sebagai halangan mencari jodoh. - Foto IG Sherry Alhadad

– Foto IG Sherry Alhadad

Dilihat komited dengan kerjaya dan menjadi selebriti terlaris, Sherry Alhadad tidak mahu menjadikan alasan kerjaya sebagai halangan mencari jodoh.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Gol dan Gincu Vol 2 dan Bikin Filem itu sedang s1buk menyiapkan drama bersiri, The Maid 2.

“Sebelum larangan aktiviti penggambaran dilakukan, saya sibuk di lokasi penggambaran drama The Maid 2. Saya juga sepatutnya menyiapkan beberapa program televisyen (TV).

“Saya hanya duduk di rumah sahaja dan belajar mengaji dalam talian memandangkan aktiviti penggambaran belum dibenarkan,” kata bekas pengacara program Muzik-Muzik itu.

Sejak mengamalkan diet, berat badan Sherry menyusut sebanyak 13 kilogram.

Sherry masih menaruh harapan program All Together Now Malaysia kendaliannya yang dihentikan tayangan, bulan lalu dapat disiarkan semula kerana ia menguji kemampuannya berdiri sebagai pengacara solo.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:bharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara