Connect with us

Entertainment

Bell Ngasri ingat pelakon senior Mubarak Majid terdesak nak pinjam duit, ‘transfer’ RM1,000

Published

on

AKIBAT berasa kasihan dan simpati dengan nasib rakan industri, Bell Ngasri akhirnya terped4ya dengan takt1k sc4mmer yang menggunakan nombor telefon pelakon Mubarak Majid dalam menjalankan kegiatan itu.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 41, berkata dia membuat pemindahan wang sebanyak RM1,000 tanpa berfikir panjang dengan niat membantu Mubarak yang dikatakan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ye betul saya terkena, masa tu saya WhatsApp dengan dia panjang lebar sebab nak tahu cerita sebenar.

“Saya ingatkan yang abang Mubarak sekarang memang perlukan duit sebab terkesan dengan PKP. Katanya dia nak bayar balik esok… sekarang saya baru sedar dah kena kenc1ng (t1pu).

“Lagipun dia bukan orang lain, kami dah lama kenal dan kami sedang buat job bersama.

Paparan skrin perbualan Bell dengan sc4mmer tersebut.

“Pada awalnya saya transfer RM1,000… kemudian orang tu minta lagi tapi saya tak sempat transfer saya cakap saya akan ke bank. Dia nak RM2,100 semua sekali,” katanya kepada mStar.

Ujar Bell, selang beberapa jam membuat transaksi berkenaan dia menerima pesanan daripada rakan artis lain yang hampir terpedaya dengan individu tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Bell, pada awalnya dia berasa hairan apabila individu berkenaan meminta dia melakukan pemindahan atas nama seorang lelaki tidak dikenali, namun sc4mmer itu memaklumkan akaun tersebut adalah milik rakannya.

“Masa saya transfer saya memang check nama pemegang akaun tu nama orang India. Abang Mubarak (sc4mmer) kata tu akaun kawan dia sebab akaun dia kena sek4t.

“Saya bagi je la, lepas tu kec0h dekat dalam group yang kawan-kawan lain pun terima pesanan WhatsApp yang sama,” ujarnya.

Saya ambil ni sebagai pengajaran sepatutnya selidik sebelum bagi dan membuat keputusan.

BELL NGASRI

PELAKON

Selain Bell Ngasri, pelakon lain seperti Liza Abdullah, Lan Zailan dan Nadia Kasuma juga hampir diperdaya scmmer terbabit.

Pelakon filem 18 Puasa ini berkata, dia menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran agar tidak mudah percaya kepada mana-mana individu terutamanya melibatkan soal wang ringgit.

“Saya ambil ni sebagai pengajaran, sepatutnya selidik sebelum bagi dan membuat keputusan. Saya akan buat laporan polis untuk pastikan orang ni diambil tindakan.

“Macam-macam penipu4n boleh berlaku sekarang ni, ini benda yang baru dengan helah menggunakan data peribadi kawan kita sendiri,” ujarnya.

Mubarak Majid membuat lap0ran polis pada Rabu.

Terdahulu, aplikasi Whatsapps pelakon Mubarak Majid telah dig0dam oleh seorang lelaki dan digunakan untuk memperdaya rakan-rakan dalam senarai telefon bimbitnya.

Mubarak telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Gombak kira-kira pukul 5 petang, Rabu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:MSTAR

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara