Connect with us

Artis

‘Beli rumah lagi bagus’ – Zizan ded4h penyesalan terbesar, beli Ferrari

Published

on

PETALING JAYA – “Beli kereta mewah awal-awal dulu.”

Demikian kata pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mend3dahkan penyesalan terbesar sepanjang kehidupannya iaitu membeli kereta mewah, Ferrari pada usia muda.

Ibarat kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pemilik nama lengkap Muhammad Razizan Abdul Razak itu memaklumkan, apa yang lebih penting sebenarnya adalah memiliki aset hartanah.

“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.

“Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.

“Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),” katanya.

ZIZAN berkongsi penyesalan terbesar dalam hidupnya adalah membeli kereta mewah Ferrari menerusi ‘live’ Instagram Joe Flizzow, malam tadi.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkongsi perihal rawak itu dalam satu siaran langsung (live) Instagram bersama Joe Flizzow, Fakkah Fuzz dan usahawan, Pak Din malam tadi.

Ujar Zizan, memiliki kediaman sendiri adalah satu pelaburan yang bijak berbanding terg3sa-gesa membeli kereta mew4h sewaktu berada di zaman puncak populariti.

“Rumah untuk hujung hari sementara kereta sekejap lagi GTR, selepas itu GTO dan mungkin GTB. Macam-macam jenis yang akan keluar (ket4wa)

“Melabur kerana apabila kita tutup mata, duit tetap berjalan. Duit bekerja untuk kita,” katanya.

Terdahulu, sekitar tahun 2015, Zizan dilap0rkan memiliki sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, kawannya, Tauke yang juga merupakan seorang pelawak berkongsi sekeping foto dalam Instagram. – K! ONLINE

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:kosmo

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara