Connect with us

Entertainment

Bawa pokok pisang dalam kereta, bila ditah4n rupa-rupanya ini sebenarnya yg berlaku..

Published

on

LAIN manusia lain ragamnya.

Terbaharu, seorang lelaki mencuri perhatian ramai gara-gara membawa sebatang pokok pisang menggunakan keretanya di Johor Bahru.

Bagaimanapun, perbuatan itu juga ternyata mengg4nggu pengguna jalan raya lain.

Penahanan lelaki itu turut membongkar 18 saman trafik, empat waran tangkap serta 10 saman ‘non-comp0undable’ terhadapnya yang masih belum selesai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 30 tahun berkenaan yang hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri bagi memberi keterangan berhubung ins1den pokok pisang pagi Ahad kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi menyelesaikan s4man tertunggaknya.

Dia juga dikenakan saman trafik atas kesal4han membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai, katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video sebuah kereta Toyota Vios membawa sebatang pokok pisang secara melintang sehingga mengganggu trafik di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai.

Mengulas kes itu, Dzulkhairi Mukhtar berkata selepas rakaman video itu tular menerusi media sosial, polis telah menghubungi pemilik kenderaan Toyota Vios tersebut yang berada di Singapura.

“Anak pemilik kenderaan itu hadir di balai memberi keterangan semalam dengan menyatakan kereta tersebut dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini, ” katanya.

Beliau berkata susulan itu, suspek hadir di balai polis untuk membantu siasatan pada 9.30 pagi Ahad yang membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau tertunggaknya.

Menurutnya, kenderaan itu turut disita mengikut Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesal4han cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.- BERNAMA

Sumber: mStar!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara