Connect with us

Artis

Baru Sahaja Anak Ditahan, Namun Tindakan Shah Rukh Khan Kali Ini Buat Ramai Setuju Mengenai Kasih Seorang Bapa.

Published

on

Umum mengetahui, anak lelaki kepada bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan telah ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan parti di atas sebuah kapal persiaran.

Susulan daripada itu, Shah Rukh Khan terpaksa membatalkan penerbangannya ke Sepanyol bagi menjalani sebuah penggambaran filem.

Sepakat beradi di sisi anak

Menerusi laporan India Today, Shah Rukh Khan bersama isterinya, Ghauri sepakat untuk berada di sisi Aryan memandangkan rayuan ikat jamin sementara menunggu kes dibicarakan ditolak Mahkamah Mumbai. Aryan yang baru sahaja menamatkan pengajian di bidang perfileman di California pada bulan Mei yang lalu, kini ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) sehingga 10 Oktober hadapan bagi siasatan lengkap.

Aryan bersama tujuh rakannya ditahan memiliki dadah dalam satu serbuan pihak berkuasa ketika mereka sedang berparti dalam sebuah kapal layar di Mumbai. Hasil risikan pihak berkuasa dan tangkapan yang dilakukan, mereka berjaya menemui kokain seberat 13 gram, 22 pil ekstasi dan 21 gram ganja padat. Berita penangkapan Aryan ternyata membuatkan ramai tersentak walaupun khabar angin bertebaran mendedahkan anak sulung daripada tiga bersaudara itu sebenarnya sudah empat tahun bergelar penagih.

Sebagai bapa, Shah Rukh dilihat tidak berdiam diri malah sumber terdekat memaklumkan Aryan ketakutan berada dalam tahanan sehingga menangis sebaik berpeluang bercakap dengan bapanya selama dua minit.

Ambil peguam terkenal dan termahal

Difahamkan, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu telah mendapatkan khidmat peguam terkenal dan termahal iaitu Satish Maneshinde, yang sebelum ini pernah membantu rakan selebritinya, Sanjay Dutt. Buat pengetahuan korang, Satish sebelum ini pernah mendapatkan kemenangan kepada Sanjay atas pertuduhan menyimpan sejumlah senjata api milik kumpulan penjenayah dalam siri serangan bom terburuk di India pada tahun 1993. Ketika itu, hukuman penjara ke atas Sanjay dipendekkkan daripada enam menjadi lima tahun sebelum diberi kebebasan tambahan empat minggu bagi menamatkan penggambaran sebuah filem dan kembali ke penjara menjalani baki hukuman selama tiga tahun setengah.

Justeru, kehadiran peguam berusia 57 tahun itu menguatkan harapan Shah Rukh dalam usaha membebaskan puteranya. Tambahnya, Aryan hadir ke parti berkenaan hanya sebagai jemputan. Menurut dakwaan daripada pihak Aryan, dia tidak tahu bahawa parti tersebut membabitkan dadah biarpun laporan polis menemui dadah seberat 6 gram di dalam poket seluarnya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: India Today via OB

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara