Connect with us

Entertainment

Baru Jer Aidit Noh Nafi Kacau Rumah Tangga Nadia Brian, Sekali Suami Nadia Dedah Sesuatu

Published

on

Nadia Brian yang dihimpit kontr0versi pergolakan rumah tangga meminta orang ramai bertenang selain mengulas mengenai status suaminya, Muizz Nasruddin baru-baru ini.

“Saya harap semua pihak dapat bertenang dan doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami. Mungkin dengan berkongsi di media sosial, dia dapat luahkan isi hatinya,” katanya dipetik BeautifulNara.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan timbul pula dakwaan mengatakan Aidit Noh menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Namun, aktor itu menafikannya dan menjelaskan bahawa ia lumrah dunia seni.

“Saya tak tahu apa-apa. Itu masalah rumah tangga mereka, tidak ada kena mengena dengan saya. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon, itu sahaja.

“Lebih baik saya fokus jaga kesihatan dan diri sendiri. Saya tak ada nak jadi orang ketiga atau nak rampas isteri sesiapa,” tegasnya.

Muizz ketika ditemui Harian Metro berkata, dia percaya kebenaran akan terbukti satu hari nanti.

“Saya tak nak komen lebih. Cuma satu hari nanti, kebenaran akan keluar sendiri. Terpulang kepada netizen nak cakap apa sebab itu hak mereka. Saya tahu apa yang terjadi. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Dalam masa sama, dia menjelaskan bahawa kontroversi itu tidak meberi tekanan kepadanya dan Nadia masih isterinya yang sah.

Sumber : CARI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara