Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa, 32, masih berteka-teki mengenai status keha.mil.annya.

Biarpun dikatakan sedang sarat hamil, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor tidak mengesahkan atau mengiyakan perkara terbabit.

“Soalan tentang perkara terbabit adalah sedikit sen.sitif. Sesetengah orang ada alasan tersendiri untuk tidak menjawab atau menjawab soalan tersebut.

“Kalau benarlah de.sas-de.sus itu betul atau pun tidak, saya akan menanti masa yang sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai kerana jika ada berita gembira yang kita mahu dengar, pasti kita mahu doa orang ramai, betul tak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

“Kalau rakan-rakan artis yang lain, jika mereka turut dapat berita yang sama, pastinya mereka menanti saat yang tepat untuk dikongsikan. Insya-Allah jika saya ada berita gembira itu, pada masa yang tepat, mesti saya kongsikan,” katanya.

Memahami situasi peminat yang teruja dengan desas-desus terbabit, Neelofa yang mendirikan rumah tangga dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu memohon doa yang baik-baik daripada peminatnya.

“Kita faham ada yang teruja, perkara itu membuatkan orang tertunggu-tunggu. Tetapi, saya bayangkan, ia juga agak memberikan tekanan.

“Cuba bayangkan ada selebriti yang masih lagi mencuba tapi desas-desus yang timbul tidak betul pun. Mesti akan memberi kesan kepada orang itu.

“Jadi, mungkin orang lain selepas ini boleh memahami situasi. Soal perkahwinan, soal anak, kita cuma mengharapkan doa yang baik-baik daripada ramai.

“Sebagai seorang yang dikenali, saya rasa ini merupakan bahagian yang terbaik apabila kita mendapat doa daripada ramai pihak, orang yang kita tak kenal. Saya sangat perlukan doa semua orang sebagai satu perlindungan untuk saya,” katanya.

Neelofa dan PU Riz ditemui di Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin MAIWP di PPR Pinggiran Bukit Jalil sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Majlis yang disempurnakan oleh Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini dianjurkan oleh Program Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Ia memberi manfaat terhadap 2,000 penerima yang layak di bawah kategori asnaf serta 1,000 lagi penerima yang layak telah menerima zakat daripada Bank Rakyat.

Komen Netizen Risau:

“Heels lofa seramnye tengok..”

photo 2021 10 06 19 21 06

“Laju ngat dia pa.njat tangga tu, kita pulak ta.kut..”

photo 2021 10 06 19 21 07

Selain Itu, dak.waan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu ha.mil semakin kuat selepas terdapat beberapa netizen memberitahu Neelofa mula mengikuti beberapa akaun berkaitan ke.ha.mi.lan dalam Instagram sejak akhir-akhir ini.

WhatsApp Image 2021 07 17 at 2.57.12 PMNeelofa juga dilihat mula mengikuti akaun Instagram berkaitan kehamilan.

Terdahulu, Neelofa pernah dikatakan ha.mil apabila sekeping gambar seolah-olah menunjukkan ‘baby bump’ usahawan itu tular di media sosial.Meski sering dihujani pertanyaan mengenai ke.ha.milan , Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang penafian mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: kosmo, IG Neelofa, xtra

Previous article“Pernah fikir dalam otak tak..? ” Netizen Suruh Bayar Lesen MBSJ, Mila Jirin Tampil Beri Penjelasan
Next article“Saja Nak Bagitahu Mulut Jangan Celup4r Sangat, Kesian Kat Kami,” – Fauzi Nawawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here