Connect with us

Entertainment

Baru Je Video Anak Tokti Dip4dam, Sekali Ini Kata2 Anak Tiri Dan Menantunya Tarik Perhatian Ramai

Published

on

Baru-baru ini, video lawatan ke hospital bersalin yang dimuat naik oleh anak tiri penyanyi terkemuka negara Siti Nurhaliza menjadi tular dan mencetuskan kemarahan netizen di serata laman sosial.

Berikutan itu, individu yang memuat naik video tersebut iaitu anak tirinya, Asyraf Khalid tampil memohon maaf di atas kesalahan dilakukannya itu.

Ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, lelaki berusia 29 tahun itu menjelaskan dia dan pelawat lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain memathui setiap SOP ditetapkan.

“Pada asasnya semua ikut SOP. Kami pakai pelitup muka dan sebagainya. Cuma, ketika ambil gambar pihak jurufoto dan jurukamera minta buka.

“Semua orang yang datang pada hari tu sudah mendapat kebenaran pihak hospital.

“Sebagai anak, apabila Mak Iti (Siti) nak bersalin, tentu saja gembira. Lagipun jarak hospital dengan rumah saya hanya lima minit saja,” katanya.

Tambah Asyraf lagi, dia tidak menjemput jurukamera dan jurugambar sebaliknya ia disediakan oleh syarikat Siti Nurhaliza Productions (SNP) bertujuan untuk rakaman.

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi dan usahawan Tya Ariffin itu sempat memohon maaf kepada orang ramai jika perkara tersebut menyebabkan pertikaian segelintir pihak.

“Mungkin ada juga salah saya di situ dan saya belajar dari kesilapan itu. Kalau ikut kebiasaan, jika dapat adik baharu mestilah nak kena pergi tengok. Tapi, dalam keadaan sekarang normal itu sudah berubah.

“Jadi, jika perkara ini ada mengguri1s sesiapa termasuk netizen. Saya dengan keluarga okay. Harapnya perkara ini tak dibesarkan dan biarlah ia reda,” katanya.

Difahamkan lagi, video tersebut telah pun dipadam di laman Instagram serta saluran YouTube Tya Ariffin Family.

Terdahulu, tular gambar dan video memaparkan Siti menerima kunjungan ramai termasuk jurugambar dan jurukamera selepas dia melahirkan anak di sebuah pusat perub4tan di Selangor hingga mengundang kec4man netizen.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara