Sudah pernah empat kali mendirikan rumah tangga, pelakon Natasha Hudson Masih tidak menafikan and pernah cuba didekati.

Natasha berkata, apa yang lebih menarik apabila ada juga wanita yang pernah menghubunginya untuk melamar menjadi madu.

whatsapp image 2021 01 05 at 6 35 34 pm

Memang ada yang cuba mendekati, malah ada wanita yang menghantar mesej (DM) kepada saya dan mengajak menjadi madu.

Apabila saya menerima mesej sebegitu, saya hanya mampu ketawa, apatah lagi mesej itu datang daripada orang yang tidak dikenali, ujarnya.

whatsapp image 2021 01 05 at 5 58 25 pm 4 1

Natasha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White yang berlangsung hari ini.

Mengakui pernah serik untuk berkahwin lagi, namun pelakon itu memberitahu pintu hatinya masih belum tertutup untuk mencari pengganti.

Kalau ditanya kriteria tentang lelaki yang diinginkan, bagi saya apa yang lebih penting orang tersebut dan keluarganya dapat menerima diri saya seadanya.

Saya tidak mahu kalau hanya dia yang menerima saya, tetapi ada ahli keluarga yang tidak terima diri saya, jelasnya.

Sebelum ini, Natasha sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan memiliki tiga orang cahaya mata.

Sumber : KopiPlanet.com / https://www.edisiviral.com/news/natasha-hudson-pernah-dilamar-menjadi.php

Previous articleKluster but4 perut! – Sharnaaz Ahmad
Next articleDip4tuk Ular Ketika Bermain Di Belakang Rmh.. Ini Keadaan Terkini Anak Meor Mohd..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here