Connect with us

Entertainment

Baru Je Dengar Hans Isaac Mohon Maaf, Ini Kata2 Slumber Eizlan Yusof

Published

on

Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac memohon maaf kepada Datuk Seri Eizlan susulan dakwaan mengaitkan Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Finas terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

Hans berkata, dia menghantar satu mesej dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 16 November lalu dengan mengucapkan tahniah kepada tiga syarikat yang dipilih untuk menerima DKD 2020 daripada Finas, termasuk Excellent Pictures Sdn Bhd.

“Dalam mesej itu, saya membuat kesilapan dengan mengaitkan Datuk Seri Eizlan Yusof dan Excellent Pictures Sdn Bhd. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya. Pada hakikatnya, saya bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan beserta permohonan maaf kepada Eizlan semalam sebaik sahaja saya sedar akan kesilapan itu, tetapi sebelum sempat saya berbuat demikian, saya dimaklumkan bahawa beliau sudah menghantar surat peguam kepada saya,” katanya.

Hans dalam satu kenyataan berkata, dia sudah menghubungi Eizlan melalui peguamcara untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan.

Eizlan tak mahu komen permohonan maaf Hans

“Saya sudah menghubungi Eizlan melalui peguamcara saya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung dengan kesilapan ini. Saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan yang tidak disengajakan. Saya amat berharap kita dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga kita dapat terus memajukan industri perfileman negara bersama,” katanya.

Pelakon dan Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof menyerahkan kepada peguamnya berhubung tindakan terhadap bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac berhubung dakwaan Eizlan terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

Eizlan ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat Hans semalam.

“Peguam ada maklumkan perkara ini. Jadi, saya serahkan kepada kebijaksanaannya. Selebihnya saya tak nak komen lagi. Kita tunggu dan lihat saja,” katanya.

Terdahulu, Hans dalam kenyataan kepada Harian Metro semalam memohon maaf kepada Eizlan susulan dakwaan itu yang dikatakan dilakukan menerusi satu mesej dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 16 November lalu.

Eizlan dalam kenyataan sebelum ini menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan sehingga mencemarkan nama, imej dan reputasi dirinya.

Dakwaan itu juga menurut Eizlan memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan dibina

Sumber : Harian Metro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara