
Semenjak berita tentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Cov1d-19 tular di internet, ramai rakyat Malaysia bersuara dan menyatakan ketid4kpuasan hati masing-masing terhadap beliau.
Rata-ratanya akui sangat kec3wa dengan Dr Zul yang selama ini sering dijadikan rujukan serta antara menteri yang ‘clean’ daripada isu-isu pan4s.
Pergi banyak tempat sejak pulang dari Sabah
Melalui Facebook, Dr Zul sendiri dedahkan yang beliau ada menghadiri banyak majlis sejak 24 September hingga Ahad lepas, 4 Oktober. Beliau meminta agar sesiapa yang menghadiri majlis dihadirinya untuk menjalani pemeriksaan saringan Cov1d-19 secepat mungkin.
Beliau dilaporkan menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara yang membincangkan tentang Cov1d-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang turut dihadiri Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta menteri kabinet yang lain pada 3 Oktober lepas.
#AGENDA PM pengerusi mesyuarat khas MKN bincang Covid-19 https://t.co/eBlUtoQStN pic.twitter.com/KjT0f9bVfq
— Media Selangor (@Media_Selangor) October 3, 2020
Sampai trending di Twitter
Sejak semalam, nama Dr Zul menjadi trending di Twitter selepas ramai netizen meluahkan rasa mar4h, kec3wa dan tidak puas hati kerana beliau tidak menjalani kuarantin seperti yang diwajibkan.
Melalui Twitter peribadinya juga, beliau turut berkongsi ke tempat-tempat atau majlis yang dihadirinya. Lebih membimb4ngkan netizen, antara majlis-majlis dihadiri Dr Zul ada beberapa di antaranya turut dihadiri oleh kanak-kanak!
Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pendidikan JAKIM atas penganjuran acara berprestij Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020. pic.twitter.com/DKXhOKVMeH
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Saya sempat berbual dengan peserta termuda, anakanda Maryam Solehah, 8 tahun yang mewakili Negeri Sembilan. pic.twitter.com/RmNj8yS15b
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Bantuan #MusaadahKhasSiswa sebanyak RM15,000 diserahkan kepada wakil-wakil Kolej Kediaman di @uitmofficial Shah Alam. Turut hadir Naib Canselor UiTM dan pengurusan tertinggi kolej kediaman. pic.twitter.com/kdcyfjlsmE
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Ada tahnik bayi kembar!
Menurut seorang pengguna Twitter, sebelum disahkan pos1tif Dr Zul ada menghadiri majlis dan ketika itu sepasang suami isteri sanggup ke lokasi tersebut untuk meminta beliau tahnik bayi kembar mereka berusia 1 minggu.
https://twitter.com/rejaie/status/1313045663366569986?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1313045663366569986%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fbanyaknya-majlis-dia-pi-netizen-kecewa-dr-zul-tak-kuarantin-jumpa-ramai-orang-ada-tahnik-bayi-kembar%2F
Difahamkan, suami isteri itu sanggup datang dari Taman Melawati, KL ke sebuah surau di Bandar Baru Bangi untuk proses tahnik bersama Dr Zul itu.
Malah, perkongsian seorang wanita yang hadir di majlis berkenaan mendapat perhatian ramai di Facebook dan Twitter di mana rata-ratanya menyatakan kebimbangan terhadap bayi kecil tersebut.
Allahu… Harap bayi tu dijauhi virvs Cov1d-19 ni…
Sumber: Lobak merah
Leave a Reply