Connect with us

Artis

Tahniah! Tomok dapat ’baby girl’

PENYANYI Tomok menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya iaitu Rahayu Abbas selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Khamis. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada malam Khamis. “Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni. “Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih semua atas […]

Published

on

PENYANYI Tomok menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya iaitu Rahayu Abbas selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Khamis.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada malam Khamis.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.

“Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah,” tulisnya.

Penyanyi itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

“Tahniah Tomok dan Ayu” ujar Shiha Zikir.

“Alhamdulillah,” tulis Scha Alyahya.

Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9, dan Andrashah Iman yang berusia enam tahun.

Sumber: Mstar.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara