Connect with us

Artis

Babak Bersentuhan Dengan Shukri? Siti Saleha Cerita Hal Sebenar

Published

on

Pelakon yang tidak asing lagi nama nya atau aktres jelita yang bernama Siti Saleha mendedahkan dia dan aktor Shukri Yahaya sepakat untuk mengurangkan babak bersentuhan dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2. Begitulah min rimbabara difahamkan menerusi artikel keluaran gempak pada hari ini.

Kata Saleha, walaupun banyak adegan romantik namun mereka berjaya melakukan dengan fokus kepada dialog.

“Saya dan Shukri dah lama bekerja bersama sejak awal tahun 2014 dan kami memang berkawan. Sebenarnya nak habiskan penggambaran drama ini penuh cabaran terutamanya adegan romantik yang banyak sangat. Jadi saya banyak berbincang dengan Shukri dan pengarah supaya mengurangkan babak bersentuhan kalau boleh.

“Alhamdulillah ia menjadi hanya dialog sahaja sudah memadai . Saya sangat bersyukur sebab Shukri sangat memahami dan saling memberi untuk menjayakan setiap babak,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharom ini dia menerima sekiranya terdapat penonton yang membandingkan dengan 7 Hari Mencintaiku

“Alhamdullillah sejak episod pertama dah trending. Saya harap pengikut drama suka dengan jalan cerita musim kedua.

“Susah nak halang peminat dari membandingkan dengan cerita musim pertama kerana mereka akan. Saya hanya berharap mereka akan menyukai musim ini,” katanya lagi.

Selain Saleha dan Shukri, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara