Connect with us

Entertainment

“Tokti pun tak kongsi wajah penuh..” Asyraf Khalid Dihent4m Gara2 Dedah Wajah Penuh Ank Tokti..

Published

on

KETIKA penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya mata kedua pada pagi Isnin, ada juga cerita kurang enak apabila anak tirinya, Asyraf Khalid menerima kecaman netizen.

Asyraf dan isteri, Tya Ariffin dituduh sengaja mencuri perhatian dan ‘memp3rgunakan’ kelahiran anak kedua Siti itu bagi menarik tontonan video di saluran YouTube milik mereka.

Rata-rata netizen di Twitter meluahkan kekes4lan dan berpendapat pendedahan wajah bayi itu hanya berhak dilakukan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Seorang netizen di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak ber4dab.

Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini.

ASYRAF KHALID

ANAK TIRI DATUK SERI SITI NURHALIZA

“Sump4h saya rasa Asyraf ni sangat tidak ber4dab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot.

“Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidd1ng me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah,” kata netizen tersebut.

Asyraf menjawab pertanyaan daripada netizen.

Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya.

“Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini,” katanya ringkas.

Siti akan umumkan nama anak lelakinya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikec4m apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018.

Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: mStar!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara