You Narae dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan hanya seorang gadis biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.

Namun takdir Allah menemukan You Narae dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang kini menjadi pasangan hidupnya.

Pada awal perkenalan mereka lebih setahun lalu, Nik Muhammad Rizal atau mesra disapa sebagai Ryzal menawarkan untuk mengajar bahasa Inggeris secara percuma kepada You Narae atau kini dikenali dengan nama Islamnya, Maryam dengan syarat wanita itu sudi mengajarnya bahasa Korea.

Apabila ‘First time’ Maryam jadi penyiasat I Can See Your Voice:

Menerusi rancangan I Can See Your Voice, terdapat juga petikan komen daripada netizen:

112

“orng luar cuba sedaya upaya nak belajar bahasa melayu.orng kt malaysia pulak makin hari makin byk yg guna bahasa i,you..”

432 1

Bermula daripada hubungan ‘guru dan pelajar’ keakraban yang terjalin menjadikan masing-masing tidak berasa janggal untuk berkongsi kisah peribadi.

Lebih bermakna apabila hati kecil wanita itu terbuka untuk mengenali Islam setelah berkenalan dengan Ryzal yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar Jurusan Kewartawanan di Universiti Korea.

“Keperibadian Ryzal yang tidak terlalu mendedahkan gaya hidup Islam secara berlebihan, malah berfikiran terbuka membuatkan saya jatuh hati,” ujar Maryam secara eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.

Maryam yang kini berkhidmat sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di Ansan berkata, bulan Ramadan tahun lalu merupakan saat permulaan dirinya terdetik untuk mendalami Islam terutama apabila melihat kegembiraan Ryzal dan rakan-rakan Muslimnya berpuasa.

“Timbul pertanyaan dalam diri mengapa mereka berasa gembira dan tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadan sedangkan mereka berlapar.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG

Previous article“Rasa nak buh penampaq..” – Saheizy Sam berlakon Ombak Rindu?
Next article‘Mak Saya Tak Ajar…’ – Dr Amalina Bidas Kenyataan Prof Muhaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here