Shah Indrawan “Tomok” Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Tomok dilahirkan di Negeri Sembilan dan mula bertapak dalam bidang muzik pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan ‘New Boyz’. Menjadi bonus buat Tomok apabila nama beliau menjadi sebutan selepas menjuarai ‘One In a Million (OIAM)’ musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009. Tomok dilahirkan pada 17 Mei 1984 di Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Tomok merupakan anak keempat daripada enam orang adik-beradik dan salah seorangnya ialah Ismaliza Ismail atau Isma yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam.

Menerusi satu klip video pendek di akaun Tiktok milik pasak_bumi_ menunjukkan persembahan nyanyian Tomok pada minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-9. Seperti sedia maklum, Tomok merupakan salah seorang daripada peserta ‘GV9’ bersama Jaclyn Victor, Shila Amzah dan lain-lain. Ramai kagum dengan nyanyian Tomok yang mempersembahkan lagu
Sejarah Mungkin Berulang milik New Boys. Rata-rata penonton mengatakan mereka merindui ‘zaman New Boys’ dan ‘fenomena Tomok’ suatu ketika dahulu. Ada juga yang memuji nyanyian Tomok yang tidak berubah seperti suaranya semasa menyanyikan lagu ini dahulu. Penonton juga memberikan komen bahawa Tomok akan menjadi finalis ‘GV9’ nanti.

Apa pun tahniah Tomok kerana memberikan persembahan yang sangat baik di minggu pertama Gegar Vaganza 9 pada malam tadi. Selamat maju jaya untuk minggu-minggu yang akan datang. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@Fikboica:spe2 yg mmbesar sezaman new boyz je tahu cmne tomok pye fenomena dulu . rindu zmn sekolah.

@𝕯𝖚𝖌𝖔𝖓𝖌 𝕭𝖚𝖓𝖙𝖆𝖑:Sape yg sezaman dgn Tomok je akan faham cmne dia pnya fenomena poster2 zaman dulu kala hehe. Terimbau wooo

@Ricca3353:tomok ni ada identiti sendiri….pejam mata je boleh tahu tu suara dia…sama mcm jac victor dan shilaa amzah…tu kelebihan mrk

@Afendi Othman:Dulu Naqiu nanyi lagu dia. Kita tunggu Tomok nanyi lgu Naqiu pulak dalam GV

@Cik Ida:Bak kata Datuk Syafinaz, tomok ni fighter habis.. Dia bagi habis jiwa dlm 2 lagu ni.. mmg superbbbbb

@Jeszmie Jeheaven:Lagu terpaling nostalgi zaman sekolah rendah weiii rindunya zaman dulu

@pieypaaaa:Peh lagu ni kalau broken mesti nyayi Ahahhahahahahahajaua

Sumber: Wikipedia, Tiktok

Previous article“Tp Awie Bagi ‘Wrning’ Final Takde Kaitan Dgn Dia..” – Kumpulan Ubi Dpt 5 Star, Sekali Lain Pula Respon Org Ramai
Next article“pengsan nabil nk kawal dia, macam dah salah tengok rancangan, bukan GV dah, ni maharaja lawak mega hahahaha…” – Penonton sakit perut terhibur dengan aksi Elly Mazlein

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here