Connect with us

Viral

Perasaan Suami Bercampur Lihat Perjuangan Bersalin, Ardell Selamat Bergelar Ibu

Sememangnya kisah percintaan antara selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang bermula daripada persahabatan sebelum disatukan atas jinjang pelamin menjadi inspirasi kepada ramai sebelum ini. Malah hasil berkat mahligai rumah tangga yang terbina juga, Ardell telah dikurniakan rezeki bergelar ibu apabila sah mengandung cahaya mata sulung tahun lalu. Pernah hidap pelbagai masalah kesihatan sepanjang hamil…sayu […]

Published

on

Sememangnya kisah percintaan antara selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang bermula daripada persahabatan sebelum disatukan atas jinjang pelamin menjadi inspirasi kepada ramai sebelum ini. Malah hasil berkat mahligai rumah tangga yang terbina juga, Ardell telah dikurniakan rezeki bergelar ibu apabila sah mengandung cahaya mata sulung tahun lalu.

Pernah hidap pelbagai masalah kesihatan sepanjang hamil…sayu hati masuk bilik bersalin

Detik kehamilan memang kedengaran agak indah, tapi prosesnya boleh jadi memeritkan bagi sesetengah wanita khususnya yang pernah mengalami beberapa masalah kesihatan sebelum ini. Begitulah juga yang jadi kepada pelakon berusia 30 tahun berkenaan. Tahap kesihatan Ardell sering jadi tak menentu terutamanya apabila usia kandungan sudah memasuki fasa trimester yang terakhir serta detik kehamilannya semalam. Namun mujurlah dia sentiasa mendapat sokongan daripada suami yang cukup penyabar dan penyayang.

Selamat lahirkan baby lepas 16 jam…semua perasaan bercampur baur lihat perjuangan isteri

Mujurlah detik yang ditunggu-tunggu telah berakhir dengan khabar gembira. Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya sebentar tadi, Nadzmi mendedahkan bahawa isteri tercintanya itu telah selamat melahirkan seorang bayi yang belum diketahui jantinanya sekitar jam 2 pagi tadi. Meskipun terpaksa berjuang selama 16 jam, dia sangat bersyukur kerana dapat bersama-sama menemani Ardell Aryana saat detik penuh bermakna bagi seorang ibu selain menghargai semua pihak yang mendoakan.

Sumber: Kisahdunia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Content retrieved from: https://kisahdunia.com/perasaan-suami-bercampur-lihat-perjuangan-bersalin-ardell-selamat-bergelar-ibu/?utm_medium=letspush&utm_source=kisahdunia_com.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara