Connect with us

Artis

Ardell Aryana Terpaksa Tidur Dalam Tandas Gara- gara..

Published

on

PELAKON yang bernama Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana terpaksa tidur di dalam tandas kerana mengalami alahan teruk yang menyebabkannya muntah tanpa henti ketika hamilkan anak pertama mereka, Arwa Malaikha Urwa. Asam garam orang mengandung, memang seringkali kita dengar.

Nadzmi juga mengimbau kenangan sewaktu Ardell hamil sempena usia anak sulungnya mencecah satu bulan semalam.

“Genap sebulan dah dia Arwa Malaikha Urwa. Sekejap je awak dah sebulan, Abi nak Urwa tahu yang umi Ardell dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah. Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan . Masa awal-awal mengandungkan kamu umi sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah-muntah alahan yang teruk,” ceritanya.

Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Nadzmi memuat naik video sepanjang isterinya hamilkan anaknya.

Tambah Nadzmi lagi, Ardell seorang ibu yang kuat meskipun mereka banyak melakukan pelbagai kerja amal termasyk ke Syria, Turki.

“Ketika pergi ke Thailand umi mengidam macam-macam masa tu tak tahu kamu dah ada dalam perut.

“Banyak tempat umi kamu bawa kamu. Pergi hantar bantuan di Syria , Turkey , selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hantar bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abi angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh.

“Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umi.

“Dalam Malaysia ni umi masuk hutan sana sini hantar bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut. Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umi mengeluh atau mengadu sakit-sakit badan atau penat kerana bawa kamu kesana kesini.

“Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akhirat.

“Umi kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi , perempuan yang sangat kuat dan hebat , seorang isteri yang terbaik untuk abi. Semoga jodoh kita kekal hingga jannah. Amin. Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita. Saya akan sentiasa ada bersama awak!” kongsinya lagi.

Video dikongsi menerusi halaman instagram:

View this post on Instagram

Sekejap je awak dah sebulan 😘 Abi nak urwa tahu yang umie @ardellaryana dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah. Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan . Masa awal awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk. Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut. Banyak tempat umie kamu bawa kamu. Pergi hantar bantuan di Syria , Turkey , selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh. Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umie. Dalam Malaysia ni umie masuk hutan sana sini hanta bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut. Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umie mengeluh atau mengadu sakit sakit badan atau penat kerana bawa kamu kesana kesini. Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, Dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akhirat ❤️ Umie kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi , perempuan yang sangat kuat dan hebat , seorang isteri yang terbaik untuk abi 😘 le Semoga jodoh kita kekal hingga jannah. Amin. Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita 🤲🏻❤️ Saya akan sentiasa ada bersama awak ! You both are the greatest gift Allah gave me 😘 New journey begins. Full video di Youtube kami esok 🥰

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu. Urwa selamat dilahirkan pada 5 June lalu.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG nadzmiadhwa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara