“Apa Nak Buat Bila Suami Marah…” -Ramai Terhibur Dgn Respon Fazura Beri Petua, Sekali Nama Fattah Amin Pula Di Petik

Nur Fazura Sharifuddin merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa lakonan kecil. Beliau dilahirkan pada 27 September tahun 1983, berasal dari Pekan, Pahang. Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya dan menawan. Sehingga 2017, beliau telah berlakon sebanyak 16 filem, beberapa siri televisyen dan telefilem serta menjadi pengacara beberapa program televisyen.

Fazura merupakan isteri kepada pelakon terkenal iaitu Fattah Amin, mula berkenalan ketika bersama-sama menjayakan drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 27 November 2017 yang lalu, dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Fazura mempromosikan perniagaan tudungnya sambil beri petua bagaimana untuk mengelakkan dari dimarahi oleh suami. Namun, nama suami beliau iaitu Fattah Amin pula di sebut di dalam klip durasi pendek yang telah di tular baru-baru ini. Reaksi Fazura yang ajuk cara percakapan suaminya itu juga membuatkan orang ramai terhibur melihat telatahnya.

Lihat klip durasi pendek reaksi Fazura:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@leana:Nanti suami tanya “ dah kenapa awk ni ? Buang tebiat ke

@Takakutakfaham:Hahha tak jadi marah laaa I love you

@CikYatt:Alhamdulillah dpt grab yg ni tapi saya xde org nk marah

@Fazurawarrior:sebab dia Fattah Kak Faz bukan Patah hati

@Jauhari Zazul:dia buat gaya fattah amin tu

@fieyza nazeri:btol la..suami tgg sy bersiap..bile kua bilik die tgk…wow..cantek nye..pakai tudung fazura pny psl

@@lovemenot:klu muke mcm fazura brulah abg x marah

@AinanaaF123:faz ni comel betul .. kita yg pompuan pn geramm, camnelah fattah amin handle hari2 mengadap kecomelan faz

@MissSweet:Ni kalau muka mcm dia cantik..comel.. boleh lh buat mcm tu.. ni haaah yg tk berapa nk comel.. menjeling encik suami nanti

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur melihat telatah Fazura ajuk cara percakapan suaminya yang secara spontan dan selamba. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 98.9K penonton, 5232 sukaan dan 85 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*