Connect with us

Artis

Tak Boleh Rentas Negeri? Kau Lepak Jelah Rumah Rita Rudaini, Tak Pun Zul Yahya

Published

on

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vak.sinasi lengkap bagi melakukan pergerakan rentas negeri mulai hari ini.

Menurut Ismail, kelonggaran pergerakan rentas negeri diberi kepada rakyat memandangkan kadar vak.si.nasi leng.kap po.pu.lasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi C.O.VI.D-19 Kebangsaan (PICK) telah pun mencapai 90 peratus.

Selepas pengumuman dibuat, golongan selebriti dilihat teruja dengan pengumuman tersebut dan ramai yang memuat naik gambar ulang siar mereka di lapangan terbang, percutian luar negara dan ada juga yang memuat naik gambar pasport masing-masing.

Sungguhpun berita tersebut menerima sambutan yang baik dalam kalangan rakyat, namun, nama pelakon Rita Rudaini dan Zul Yahya tetap menjadi ‘bualan manja’ netizen terutama di laman sosial Twitter.

Menerusi kemas kini pengguna Twitter yang menggunakan nama @SyaheerAhmad, individu tersebut secara ber.je.na.ka memulang paku buah keras terhadap beberapa nama selebriti yang eng.gan mendapatkan sun.ti.kan va.k.s.in.

“Haha anti.vak.sin tak boleh rentas negeri. Kau lepak rumah Rita Rudaini jelah, tak pun Zul Yahya,” tulisnya.

Pengguna bernama @AzlinSyafinaz pula berkata: “Rasa nak senyum je. Rita Rudaini boleh tarik balik IGS (Instagram Story) dia pasal rentas negeri untuk semua tu kot. Hanya untuk mereka yang mengambil v.ak.sin,” kongsinya.

Sementara itu, ada yang memberi cadangan supaya la.po.ran po.li.s dibuat jika Rita Rudaini atau Suhaimi Saad dilihat merentas negeri.

“Anti.vak.sin tak boleh rentas negeri. Selepas ini, kalau nampak Rita Rudaini atau Mosus rentas boleh la.po.r po.li.s,” cadangnya.

Sebelum ini, Rita Rudaini, Suhaimi Saad dan Zul Yahya begitu keras menentang pem.berian v.ak.sin terhadap diri mereka dan keluarga masing-masing.

Selain tiga selebriti ini, pelakon Ellie Suriati juga didakwa enggan menerima su.nt.ikan vak.si.n.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara