Connect with us

Artis

“Ant!vaks!n, itu hak masing-masing”– Yasin Sulaiman

Published

on

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, berpendapat, golongan yang menolak sun.tikan vak.sin berhak dengan pendirian diri masing-masing sama ada mahu berterusan memilih jalan itu.

Menurut Yasin, setiap manusia mempunyai pendirian masing-masing dan dia juga percaya bukan menjadi satu masalah buat negara sekiranya ada golongan yang tidak mahu menerima sun.ti.kan vak.sin.

“Di sekeliling saya ramai tak ambil vak.sin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vak.sin. Ikut kepercayaan masing-masing.

“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.

“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vak.sin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang di.gelar anti vak.sin ini bukanlah anca.man buat mereka yang sudah mengambil sun.tikan vak.sin.

“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.

“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Anti vaksin bukanlah ancaman buat kita.

“Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.

Sementara itu, bertepatan dengan kempen kerajaan dalam mensasarkan semua rakyat untuk divaksinasi,Yassin bekerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia melancarkan lagu Vak.sin Rindu sebagai usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vak.sin boleh berbuat sedemikian.

Lagu Vak.sin Rindu ini juga bertepatan dengan NGO ini yang mana mereka adalah persatuan yang aktif dan giat memberi sumbangan sepanjang tempoh pan.de.mik C.o.v.id-19.

Menurut Yasin, dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu Vak.sin Rindu selain tertarik dengan lirik dan tema yang dibawa lagu berkenaan.

“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.

“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vak.sin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap sun.ti.kan vak.sin di kala v.ir.us c.o.vi.d-19 masih me.lan.da negara,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.

“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.

“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.

Lagu Vak.sin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober ini.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara