“Anak Kecik Kalau Menangis, Kena Buat Apa…” -Ramai Terhibur Dgn Respon Joey Daud

Joey Daud merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia. Beliau pernah menganggotai band muzik yang ditubuhkan di Johor Kumpulan Mistaken Indentity yang beraksi di majlis perkahwinan. Bakat vokal beliau telah dikenalpasti kerika Mistaken Identity menyertai pertandingan ala Battle of The Band yang mana juri semasa itu adalah kenalan rapat kepada Datuk M.Nasir yang seterusnya mengesyorkan dan membawa Joey berjumpa dengan komposer terkenal itu dan terus ditawarkan sebagai artis solo oleh Datuk M.Nasir. Selepas membuat perbincangan, Mistaken Identity bersetuju melepaskan Joey menjadi artis solo di bawah bimbingan sifu Datuk M.Nasir di bawah label Luncai Emas.

Joey Daud pernah menjadi vokalis kumpulan Exist selepas vokalis Exist ketika itu, Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut. Namun Joey sering disalahkenal sebagai bekas vokalis Budak Kacamata iaitu Zack kerana kemiripan wajah mereka. Kariernya sebagai penyanyi dan bernaung dibawah Luncai Emas Sdn Bhd sempat menghasilkan dua album Beradu Suratan pada tahun 1994 dan Joey pada tahun 1996. Hasil dari lagu-lagunya berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia dengan jumlah jualan album sekitar 700,000 unit.

Klip durasi pendek ini ditular di aplikasi Tiktok, dan perkongsian itu dibuat oleh Namie. Dalam video klip ini menunjukkan, Namie memberi soalan kepada Joey Daud bagaimana untuk atasi ketika anak sedang menangis dan apa patut dibuat. Respon Joey buat ramai terhibur dengan jawapannya yang panjang dan tidak ada kaitan langsung.

Lihat klip durasi pendek respon Joey Daud:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@fauzanmustafa:kalau bergabung dgn abang kimia.. 3 hari jawapan tak habis

@Mrvenus:Patut sembang dgn abg kimia. Nk tgk sapa yg menang

@Haikal Joe:Byk sgt bnde yg lari tkpe kejar je

@Adambakery:semudah tu je kene goreng

@Epic.Kapten:Kalau duk lama lagi x tau nk ckp apa

@NOiiNOii:bila jawapan yg dibagi mcm tu , aku teringat abg kimia (baha)

@mohamad khairul aizzat:x skrg ap cita dia bang,jauh nah tajuknyee

Netizen turut memberi komen mengatakan, situasi itu membuatkan orang ramai kenang kepada ‘Abang Kimia’ yang tular di media sosial. Soal tentang lain, tetapi diberinya jawapan lain yang tidak ada kaitan langsung membuatkan orang ramai terhibur. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 606.7K penonton, 73.6K sukaan dan 1316 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*