Connect with us

Viral

“Untung nurse situ ” – Amy Search Siap Nyanyi lagi..

Published

on

Program vaksinasi di Malaysia telah bermula sejak Februari lalu mengikut fasa yang ditetapkan. Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti yang juga ingin menjayakan misi untuk mengurangkan risiko virus Covid-19 dan seterusnya mampu mewujudkan ‘herd immunity’.

Antara golongan selebriti yang juga mengambil suntikan vaksin adalah artis legenda rock terkenal iaitu Amy Search.

Siap boleh nyanyi lagi

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh pelakon Nabila Huda di Instagram miliknya baru-baru ini, video tersebut menunjukkan bapanya sedang menjalani proses vaksinasi di salah sebuah pusat pemberian vaksin.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah bila penyanyi rock itu nampak begitu tenang sewaktu petugas kesihatan mahu menyuntik lengannya, siap boleh menyanyi lagi. Relax je macam takde apa-apa.

Bekas vokalis kumpulan Search itu sempat ‘belanja’ satu lagu bertajuk Fantasia Di Bulan Madu sewaktu petugas kesihatan menyuntik vaksin di lengannya. Sporting habis la Amy Search ni.

Bertuah nurse dapat dengar live

Melihat di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang jealous dengan nurse dekat situ sebab diorang boleh dengar live Amy Search menyanyi. Siap ada yang puji kemerduan suara Raja Rock Malaysia itu yang disifatkan masih berbisa. Penyanyi rock legenda kot, takde siapa boleh lawan.

Mana tahu, mungkin dengan cara menyanyi boleh kurangkan rasa nervous seseorang, betul tak? Ramai dah yang dah ambil vaksin ni. Korang dah ambil ke belum?

Sumber: Nabila Huda via LM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara