Connect with us

Viral

“Kalau sy buat Tiktok kat perumahan saya, Anjing Menyalak..” – Ameng Spring

Published

on

Program berbual bicara komedi, Rumah No. 107, kini kembali menemui peminat selepas berjaya memenangi hati penonton dengan pengisian menarik dan penuh berinformasi sepanjang bersiaran di musim pertama tahun lalu.

Rumah No. 107 sekali lagi mengekalkan pemain utamanya sebagai pengemudi, dengan diketuai oleh pelakon, penyanyi, pengacara, penulis skrip dan pengarah versatil tanah air, Khir Rahman yang mana beliau turut ditemani barisan pelawak dan pelakon komedi popular negara, Joey Daud, Ropie dan anak seni kelahiran Indonesia, Vicha.

Ameng bersama isteri tersayang. Kredit Foto: IG Amengspring

Rumah No. 107 yang bakal bersiaran sebanyak lapan episod ini dengan berdurasi 90 minit setiap episod akan menyaksikan penglibatan ramai nama-nama tersohor tanah air sebagai selebriti jemputan.

Di antaranya termasuklah Linda Onn, Halim Othman, Zamani, Ameng SPRING, Dato Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimy, Abby Abadi, Didie Alias, Zizi Kirana dan Kumpulan ELITE (Watie, Azza, Linda Raafar), Catriona Ross, Zarina Zainuddin, Saiful Apek, Dato Chef Wan, Syanie, Nabilla Razali, Datin Marlia Musa, Angeline Tan, Dato Aznil Nawawi, Awal Ashaari dan ramai lagi nama-nama yang disegani ramai.

Menerusi video durasi pendek dalam salah satu sedutan program tersebut, Ameng Spring bergurau dengan memberi respon sekiranya dia melakukan ‘content’ aplikasi ‘Tiktok’.

Rata rata netizen memberikan komen yang positif dan terhibur dengan telatah Ameng Spring.

Jom Lihat Video Dibawah:

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber: IG

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara