Connect with us

Viral

Dr Amalina komen Budaya Kerja ‘Makan Garam’ Di Malaysia, Sekali pegawai KKM respon

Published

on

Pencapaian Dr Amalina Bakri yang berjaya menempatkan diri sebagai doktor di luar negara memang menjadi satu kebanggaan ramai. Malahan buah fikiran atau pendapat yang sering dikongsikan menerusi Twitternya sering menjadi perhatian ramai. Namun kenyataan beliau tentang isu budaya kerja di Malaysia pada 10 Jun lalu nampaknya menerima respon berbeza.

Kalau di tempat saya, tak kira siapa, pendapat diraikan secara ilmiah

Melalui tweet yang dimuat naik, anak jati kelahiran Kelantan ini membandingkan suasananya bekerja di luar negara VS budaya ”Siapa makan garam dulu” yang dakwanya dipraktikkan di Malaysia. Di United Kingdom, beliau menyifatkan semua perbincangan berkaitan tugas dijalankan dengan secara ilmiah malahan pendapat golongan junior tidak diketepikan begitu sahaja.

“Siapa makan garam dulu” bukanlah amalan yang dipraktik membuta tuli

Tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan, seorang pakar radiologi iaitu Aznil Hisham telah membidas semula di Facebooknya. Kata lelaki ini pula, dakwaan tentang budaya “makan garam terlebih dahulu” yang diperkatakan oleh Dr Amalina bukanlah dibuat secara membuta tuli. Malahan beliau juga sering berdiskusi sesama sendiri baik dengan junior atau ketua atasan.

Posting Penuh Pegawai KKM Di Laman FB Beliau..

Sebagai kakitangan warga KKM, saya mengesahkan bahawa amalan “siapa makan garam terlebih dahulu” bukanlah amalan yang dipraktiskan di Malaysia secara membuta tuli.

Tak kira di UK mahupun di Malaysia, terdapat beberapa peringkat seniority. Dan sudah pasti, pandangan dan pendapat mereka yg lebih senior dan berpengalaman diraikan. Ini norma dimana jua kita berada.

Dalam lapangan saya selaku pakar radiologi, kami sentiasa berdiskusi antara satu sama lain dalam apa jua kes yang sukar. Semua pandangan dari consultant, senior dan junior diambil kira.

Dan saya juga mengambil pandangan dari para junior saya. Dan tidak sedikit pun merasakan ianya perbuatan yang hina.

Ketua jabatan saya juga pernah beberapa kali meminta pandangan kami semua dan beliau juga menerima dan melaksanakan pandangan yang kami sarankan.

Ini membuktikan bahawa setiap keputusan kami adalah dari pandangan secara kolektif. Bukan ditentukan melalui siapa yang makan garam terlebih dahulu.

Dan ini adalah amalan yg norma di Malaysia. Bukan sebagaimana yang beliau dakwakan.

Walaubagaimana pun, saya menerima pandangan dan teguran Dr Amalina. Ini sekali lagi membuktikan bahawa saya selalu senior yang banyak makan garam dari Dr Amalina menerima kritikan dan pandangan Dr Amalina.

Satu lagi bukti keterbukaaan di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana Dr Muhaya dikritik dengan hebat oleh para Dr celebriti yang tak cukup makan garam (jauh lebih junior) dari beliau. Dan Dr Muhaya tidak malu untuk memohon maaf jika kenyataan beliau menyebabkan para Dr celebriti terasa hati.

Bukankah ini menunjukkan amalan “siapa makan garam” di Malaysia bukanlah satu amalan biasa di Malaysia?

Dr Muhaya dikritik hebat oleh doktor selebriti (junior), beliau tak malu untuk mohon maaf

Sebagai bukti bahawa Malaysia juga mengamalkan keterbukaan dalam meraikan pendapat, beliau menggunakan Prof Muhaya yang baru-baru ini kecoh dengan isu “Bodoh-Bodoh Demi Jodoh”. Meskipun dihentam ramai pihak termasuklah doktor junior, pakar motivasi berkenaan tidak segan membuat permintaan maaf.

Sumber : Facebook Aznil Hisham

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara