Connect with us

Entertainment

Alvin Chong ‘d4ting’ dengan gadis baw4h umur? Sekali Mak Budak Perempuan Tu Bersuara.. “Anak aku tu bukan main….”

Published

on

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penyanyi dan pelakon Alvin Chong menjadi perbualan hangat di Twitter sejak malam Sabtu lalu.

Ia bermula selepas beberapa video aplikasi TikTok yang dilakukan bersama seorang selebriti media sosial dikenali sebagai Athalia Deena Buswani menjadi tular.

Rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa penyanyi lagu Sayang Salmah itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Athalia yang juga anak kepada penyanyi terkenal Sharifah Zarina.

Antara komen netizen mengenai hubungan Alvin dan Athalia.

Bagaimanapun ada segelintir netizen meluahkan rasa kurang setuju kerana menganggap Alvin tidak sepatutnya bercinta dengan Athalia memandangkan gadis tersebut baharu berusia 17 tahun.

“Alvin Chong nak masuk umur 30 dan Athalia bakal menduduki SPM untuk tahun ini… penjara.

“Alvin Chong dah 29 tahun dan Athalia baru 17 tahun, ada antara kamu semua berasa hubungan itu okay?

“Alvin Chong tu nampak baby face tapi iya lah mungkin orang bising-bising fasal Athalia itu masih baw4h umur,” komen beberapa netizen.

Sharifah Zarina secara berseloroh menegur anaknya keluar dengan Alvin.

Bagaimanapun Athalia menjelaskan dia dengan Alvin tidak mempunyai hubungan cinta dan mereka hanya luangkan masa bersama hanya sebagai rakan sahaja.

Dalam pada itu, Sharifah Zarina juga ada memberi respons secara berseloroh terhadap video TikTok anak perempuannya dengan Alvin.

“Oh anak aku tu bukan main… kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya. Comel orangnya,” kata penyanyi lagu Langit Ke Tujuh.

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara