Connect with us

Artis

‘Allahuakbar Hmpir 40 Tahun Dlm Industri Seni’ – Liza Abdullah Mcm Tak Percaya, Smua Kerana ‘Mak Leha’

Published

on

” Allahuakbar, hampir 40 tahun dalam industri seni…”

Itu kata-kata diluahkan pelakon veteran, Liza Abdullah, 57, tatkala mendapat tahu dirinya bolos Top 5 kategori online, Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Hampir empat dekad bergelar pelakon, Liza tidak menyangka, pada usia ‘senja’, dirinya bergelar finalis acara anugerah berprestij ini sehingga beliau sebak dan hampir tertumpah air mata.

Liza yang memulakan langkah dalam dunia seni sebagai penyanyi pada 1984, teruja diajak berbicara mengenai pencalonannya dalam ABPBH 34, biarpun, bukan kali pertama namanya bersaing di pentas ini.

Tahun lalu, wanita yang mula menjadi perhatian selepas menampilkan lakonan berkesan sebagai Mak Leha dalam drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku, bolos kategori Artis Komedi Popular.

” Allahuakbar, hampir 40 tahun dalam industri seni, ini adalah penghargaan terbesar diterima. Saya tidak pernah menyangka orang suka sampai ke tahap ini.

” Selama dalam industri seni, saya ikhlas bekerja dengan memberi 200 peratus usaha tanpa mengharapkan penghargaan atau anugerah.

” Malah, saya tidak pernah terkilan biarpun tidak pernah dicalonkan sebelum ini. Saya tidak sangka watak emak yang saya bawa pada usia begini mampu mengangkat nama sebaris bintang popular lain.

” Selama ini, jujur diakui, saya tidak mengejar populariti. Saya lebih mementingkan untuk menjadi yang terbaik.

” Saya percaya, apabila kita jadi yang terbaik, lambat laun populariti datang sendiri,” katanya yang membintangi filem ‘box office’ Ali Setan pada era 1980-an.

Melihat kepada senarai pencabar, tidak keterlaluan andai dikatakan ibu empat cahaya mata itu memiliki potensi besar untuk menang.

Namun, Liza enggan meletakkan harapan terlalu tinggi. Malah, Liza takut untuk terlalu memikirkan soal itu kerana bimbang kecewa.

” Saya tidak mahu terlalu mengharap. Saya takut andai terdetik rasa yakin dalam diri.

” Bagi saya, semua lima pelakon yang berjaya menembusi senarai Top 5 adalah pemenang. Cuma dalam dunia ini, kita ada undang-undang di mana wajar ada seorang pemenang dipilih.

” Bagi saya, apabila sudah sampai ke tahap ini, saya memikul tanggungjawab besar untuk menampilkan lakonan yang lebih baik lagi.

” Namun, jika gagal sekali pun, tidak bermakna saya perlu mengabaikan mutu lakonan. Sebaliknya, akan terus mengekalkan momentum lakonan yang baik demi peminat,” katanya.

Liza sangat terharu dengan kesungguhan ditunjukkan peminat dalam mengundinya.

Akuinya, peminat gigih berkongsi maklumat mengenai pencalonannya pada ABPBH 34 dan melobi dirinya di laman sosial.

” Saya sangat bertuah dan bersyukur dengan keikhlasan ditunjukkan peminat tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada saya.

” Saya tidak sangka gara-gara watak Mak Leha, nama saya dikenali di kalangan generasi muda.

” Apatah lagi, musim kedua drama itu masih lagi diminati peminat sehingga ada yang meminta ia disambung.

” Lazimnya, drama yang disambung untuk musim kedua, jarang menjadi. Tetapi, mungkin inilah dinamakan rezeki dan mungkin Allah kata, sudah tiba masa saya untuk menjadi Top 5,” katanya.

Liza amat berterima kasih kepada penganjur kerana mencalonkan namanya pada edisi ke-34 ABPBH.

Menghargai usaha penganjur untuk memeriahkan industri, Liza tidak pernah terlintas untuk menarik diri daripada pertandingan.

Liza menganggap sekurang-kurangnya pencalonan pada ABPBH boleh dijadikan kenang-kenangan pada kemudian hari.

” Bagi saya, soal artis tarik diri dari anugerah, itu adalah keputusan individu.

” Saya bercakap bagi pihak diri sendiri. Bagi saya, ia sama seperti acara sukan sekolah. Ini bukan soal menang kalah, tetapi kita hanya ingin meramaikan majlis.

” Samalah seperti penganjuran anugerah. Penganjur bersusah payah mengatur majlis, maka, wajarlah kita hargai dan kita anggap tujuan untuk ukhwah dan menjalin silaturahim.

” Kalah atau menang itu soal kedua, jika menang, kita bersyukur. Tapi jika tewas, kita anggaplah kita datang untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang menang.

” Insya Allah, saya tidak akan menarik diri. Sekurang-kurangnya, adalah secalit kenangan saya dalam industri ini untuk dikenang peminat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber:bharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara